Menderu Darah Apabila Tahu 3 Orang Perompak Bersenjatakan Parang Menyerang Madrasah Ini

SEPANG – Sebuah madrasah hafizah dimasuki tiga orang perompak disyaki Geng Rantau dalam satu kejadian berhampiran Taman Desa Vista di sini pada Khamis lalu.

Menurut sumber, kejadian berlaku pada pukul 3 pagi ketika mangsa yang kesemua pelajar perempuan berusia antara 12 hingga 17 tahun sedang tidur.

Difahamkan, pemilik premis yang merupakan seorang ustazah berusia lingkungan 40-an juga sedang tidur ketika suspek bersenjatakan parang memecah masuk dengan mengumpil pintu pagar belakang rumah berkenaan.

“Dua orang pengawal keselamatan juga dipercayai tertidur ketika kejadian berlaku dan tidak menyedari rumah itu dimasuki perompak.

“Suspek melarikan wang tunai dianggarkan berjumlah RM2,000 dan beberapa unit telefon bimbit,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Abdul Aziz Ali mengesahkan kejadian itu.

“Kita difahamkan bahawa ketiga-tiga suspek adalah warganegara Indonesia dan ahli Geng Rantau,” ujarnya.

Katanya, semua mangsa tidak mengalami kecederaan.

“Tiada tangkapan setakat ini dan usaha memburu semua suspek masih giat dijalankan,” katanya. -K! ONLINE

Artikel Berkaitan   Berang Isteri Minta Cerai, Suami Nekad Simbah Minyak Ke Rumah Ibu Mertuanya Dan Membakarnya