MeninggaI Pada Malam Ulang Tahun Kelahiran, Kanak-Kanak Ditemui Tergantung di Besi Penghadang

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun ditemui m4ti selepas dipercayai terjerut kain tuala di dalam kejadian di Kuala Nal, Kuala Krai, malam tadi.

Dalam kejadian 9.30 malam itu, may4t Muhammad Adam Danish Zaidi ditemui dalam keadaan tergantvng dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat oleh ahli keluarganya.

Lebih memilukan lagi kanak-kanak itu dikatakan meninggI dnia pada malam ulang tahun kelahirannya.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, sebelum kejadian, ibu mangsa memanggil anaknya yang berada di dalam bilik beberapa kali namun tidak ada sahutan.

Tendang pintu sebanyak dua kali

” Ibu mangsa mula berasa pelik kerana tidak ada sahutan walaupun beberapa kali dipanggil dan pada masa sama pintu bilik diketuk.

” Ibu mangsa akhirnya menendang pintu sebanyak dua kali sehingga terbuka.

” Apabila pintu bilik dibuka, didapati anaknya berada dalam keadaan tergantvng dengan sehelai tuala di besi penghadang katil dua tingkat dan dia terus memanggil anak sulungnya supaya menghubungi bahagian kecemasan Hospital Sultan Ismail Petra,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata, sebaik pegawai perubatan hospital tiba, pemeriksaan mengesahkan kanak-kanak itu sudah meninggI dnia.

” Siasatan lanjut berhubung kes berkenaan sedang giat dijalankan untuk mengenal pasti sama ada kes ini diklasifikasikan sebagai jenayah atau m4ti mengejut.

” Jenazah sudah dituntut oleh ahli keluarga selepas selesai urusan bedah siasat pagi tadi,” katanya.

Sementara luahan Zaidi Ariffin, 42, iaitu bapa kepada Muhammad Adam Danish membuatkan ramai berasa sebak.

” Kami enam beranak sepatutnya bergembira menyambut ulang tahun kelahiran Muhammad Adam Danish Zaidi yang kelapan tahun malam tadi, namun ia tidak kesampaian apabila dikejutkan dengan kem4tiannya.”

Zaidi berkata, dia menyedari kem4tian anak ketiga daripada empat beradik itu pada jam 9.30 malam selepas memanggilnya beberapa kali supaya keluar menyambut hari lahir, namun anaknya tidak menyahut menyebabkan dia terpaksa menendang pintu bilik berkenaan.

” Ketika itu saya terkejut melihat keadaan anak yang sudah tidak sedarkan diri dengan tuala terjerut dan mulut berbuih sebelum menghubungi Hospital Sultan Ismail Petra untuk bantuan kecemasan. Namun sebaik doktor (pegawai perubatan) tiba, anak saya disahkan meninggI dnia,” katanya ketika dihubungi.