Meninggal Di Usia 44 Tahun, Maya Matahari Sembunyi Penyakitnya Kepada Umum Sehinggalah…

Penyanyi dan penyampai radio terkenal, Haiza hari ini mengesahkan yang penyanyi Mya Ruslee atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari meninggal dunia hari ini akibat kanser.

Memetik HMetro, Haiza masih menunggu maklumat terkini mengenai jenazah arwah.

“Saya dapat panggilan daripada Kak Ieda (Moin) yang memaklumkan mengenai berita ini. Setakat ini, saya dimaklumkan jenazah arwah berada di Sungai Buloh, namun belum tahu di mana lokasinya secara spesifik,” katanya kepada Harian Metro.

Memetik Awani, Maya yang berusia 44 tahun memilih untuk menyimpan kisah penderitaannya dari diketahui kepada peminat, media dan masyarakat.

Tambah Haiza, dia yang mengetahui bahawa rakannya itu menghidapi kanser dan menjalani rawatan di China.

“Dia tak banyak berkongsi mengenai penyakitnya. Yang saya tahu, dia menghidap kanser sejak dia menyertai Gegar Vaganza musim kelima lagi pada 2018 dan baru saja pulang dari China selepas menjalani rawatan di sana.

“Kali terakhir saya bertemu dengan arwah adalah ketika dia dimasukkan ke Hospital Pantai Kuala Lumpur di Bangsar pada penghujung tahun lalu dan sejak itu, selalu berhubung menerusi telefon,” katanya.

Maya Mathari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee mula dikenali disekitar 1990 menerusi lagunya Matahari dan kemudian sebuah lagi lagu iaitu Diari Biru.

Namanya kembali menjadi sebutan selepas dan kembali membuat kemunculan dengan menyertai program Gegar Vaganza tahun lalu.

Artikel Berkaitan   "Apalah Sangat Dosa Kucing-Kucing, Sanggup Kau Racun Sampai Mati” Tragedi 60 Ekor Kucing Cuba Dibunuh Dengan Kejam