“Mereka Ingat Saya Siti Nurhaliza Agaknya” Faezah Elai Dedah Beruntungnya Jadi Anak Penang

KUALA LUMPUR, 8 Julai — Pelakon Faezah Elai meluahkan rasa terharu susulan masih ada orang ramai yang mahu bergambar bersamanya sebagai tanda kenangan.

Mengakui tidak terkenal seperti penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Faezah gembira kerana masih dihargai terutama ketika berada di negeri kelahirannya, Pulau Pinang.

“Sebelah meja kami ada satu keluarga Cina tiba-tiba mereka pun mahu bergambar padahal mereka tidak kenal saya siapa.

“Mungkin sebab mereka tengok saya ambil gambar dengan pekerja restoran, mereka pun ingat saya Siti Nurhaliza agaknya.

“Mereka tidak tahu saya Noorfaezah. Tiada Siti. Faezah Elai itu ‘sendu’ sahaja. Orang tidak kenal,” katanya di Instagram.

Semalam, pelakon filem Tanda Putera itu memuat naik foto bersama dua rakannya di sebuah restoran di Pulau Pinang.

Mengenakan busana biru sambil menggayakan tudung labuh, isteri pengarah Heykal Hanifah turut meluahkan rasa bangga sebagai anak jati Pulau Pinang.

“…Saya pelakon tambahan sahaja. Mereka ingat saya selebriti. Mereka orang tua lagilah tidak kenal pelakon Melayu ini.

“Itulah warga Pulau Pinang. Kami hormat kaum dan agama lain. Saya bangga menjadi warga Pulau Pinang,” katanya lagi.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Sebelum Kes Sajat Di Arab Saudi Ni, Rupanya Ada Kes 2 Orang Transgender Pakistan Ditangkap Dan Dipukul Sampai [email protected]