Mira Filzah Berpakaian Pink Serba Ayu Selesai Majlis Khatam Al-Quran

BANGI: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah Badioezaman, 27, selamat menyempurnakan majlis khatam al-Quran di kediaman keluarganya di sini, pagi tadi.

Majlis yang bermula pada jam 9.30 pagi itu berlangsung sederhana mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan dihadiri anggota keluarga terdekat.

Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu tampak berseri-seri dalam persalinan merah jambu, pada majlis yang diatur menjelang perkahwinannya.

Ditemui sebaik majlis selesai, Mira bersyukur acara berlangsung seperti dirancang.

“Majlis hari ini dianjurkan atas permintaan keluarga dan kehendak bersama. Kami tidak mengadakan majlis berinai. Jadi, atas permintaan Opah dan mereka yang lebih tua, lebih baik diadakan majlis khatam al-Quran sahaja.

Mira berkongsi foto bersama ibu dan ayah, adik-beradik dan anak saudaranya pada majlis khatam al-Quran di kediaman keluarga di Bangi, pagi tadi. Foto IG Mira Filzah

Mira mengabadikan kenangan majlis khatam al-Quran bersama adik-beradik melalui entri di Instagram. Foto IG Mira Filzah

“Majlis khatam al-Quran ini juga diadakan serentak bersama adik bongsu, Nur Ainaa Fadhilah, 25, yang akan bernikah esok.

“Berikutan kakak sulung yang menetap di New York, Amerika Syarikat (AS) tidak dapat meluangkan masa yang lama di sini, kami buat keputusan untuk menganjurkan majlis khatam al-Quran pada hari ini serentak,” katanya.

Pelakon Pujaan Hati Kanda ini masih berahsia mengenai tarikh pernikahan dengan arkitek, Wan Emir Astar, 30, yang juga anak Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

kredit berita harian

Artikel Berkaitan   "Oo, Kau Ingat Kau Cantik, Kau Baik La?" Lelaki Kantoi Keluar Dengan Perempuan Lain Dicekup Tunang, Bermulalah Drama Swasta Dalam LRT