Misteri Objek Berasap Panjang Muncul Dari Langit, Kemudian Ia Hilang Undang Perbualan Warga Maya

Penampakan sebuah objek besar yang berapi jatuh dari langit Cambridgeshire membuat penduduk di daerah itu garu kepala.

Fenomena itu berjaya ditangkap oleh Gerry Underwood yang pada ketika itu sedang duduk di luar botnya untuk merokok apabila dia ternampak objek misteri itu pada pukul 8 malam.

Menurut lelaki berusia 55 tahun itu, objek berkenaan meninggalkan kesan yang kelihatan seperti asap kimia yang tebal dan beransur kepada kepulan awan nipis.

Mempunyai pengalaman melihat tahi bintang jatuh, Underwood berkata dia pasti objek tersebut bukan asteroid atau hujan meteor kerana objek berapi berkenaan tidak bergerak dengan pantas dan hanya bertahan selama beberapa saat.

Menurut saksi itu lagi, objek tersebut bercahaya terang dengan warna oren dan mempunyai api di belakangnya, sebelum ia hilang dari pandangan.

Namun kata Underwood, apa yang paling membuat dia runsing adalah saiz objek itu yang sangat besar sehingga dia tidak dapat melihat objek itu terbenam di sebalik ufuk.

Penampakan itu telah mengundang peminat astronomi untuk memberikan pelbagai teori untuk menjelaskan fenomena misteri itu, termasuklah hujan meteor, tahi bintang, asap pesawat, bunga api, dan UFO.

Pakar astronomi Dr Robert Massey walau bagaimanapun meyakinkan orang ramai bahawa fenomena itu adalah satu kejadian semula jadi.

Katanya, dia percaya bahawa cahaya terang yang muncul di langit adalah planet Venus yang memang sebuah planet yang terang dan bercahaya, terutamanya pada ketika ini dan ia mudah dilihat sebelum bintang-bintang lain muncul.

Namun apabila awan bergerak di hadapannya, cahaya tersebut akan hilang dari pandangan. Dr. Messey juga berkata penampakan ini mungkin akan berlanjutan sehingga hujung Mei.

Artikel Berkaitan   Cara Nak Hilangkan Darah Beku Dengan Cepat, Jangan Dibiarkan Kalau Tidak Makin Berdenyut-Denyut Kat Jari!

Objek yang bergerak itu pula katanya kelihatan seperti asap kimia dari pesawat yang dilapisi dengan cahaya matahari terbenam.

kredit HCL