Mampu raih RM5,000 sebulan
KUALA TERENGGANU – Obses dengan madu kelulut yang dikatakan mempunyai khasiat luar biasa membantu merawat pelbagai jenis penyakit mendorong Mohd Sufian Mat Noor, 40, menceburi perniagaan menternak kelulut.
Biarpun masih baru dalam industri penternakan itu namun, dia sudah membuktikan kesungguhan dan minatnya sehingga mampu meraih pendapatan antara RM2,000 hingga RM5,000 sebulan.
Mohd Sufian berkata, peringkat awalnya dia tidak berminat dengan kegiatan penternakan kelulut itu kerana menganggap ia cerewet dan tidak mendatangkan pulangan lumayan di samping sukar dipasarkan kerana perminta4n terhad.
“Tanggapan terhadap perusahaan penternakan kelulut itu akhirnya berubah sama sekali selepas saya menyahut cabaran seorang rakan dengan membela dua lot sarang di kawasan rumah.
“Ternyata penternakan kelulut itu tidak cerewet malah ia sangat mudah dan senang berbanding menternak lebah atau penternakan haiwan ruminan lain.
“Saya juga tidak menyangka hasil daripada dua lot sarang kelulut yang diternak itu turut mendapat sambutan luar biasa. Saya kemudian menambah lapan lot sarang kelulut bagi memastikan pengeluaran madu dihasilkan dapat memenuhi permintaan,” katanya yang menetap di kampung Pasir Panjang, di sini.
Memandangkan permintaan luar biasa yang diterima, dia juga tidak teragak-agak untuk menyewa dua tanah kosong di kampung Pasir Panjang dan Bukit Bayas untuk menjalankan penternakan kelulut itu dengan lebih serius serta teratur.
“Saya kini memiliki 80 lot sarang kelulut yang mampu mengeluarkan 10 hingga 30 kilogram (kg) madu kelulut setiap bulan.
“Selain jual madu kelulut RM250 hingga RM350 sekilogram, saya turut tawarkan lot sarang kelulut pada harga RM250 hingga RM600 satu lot bergantung kepada jenis lot sarang dan spesies kelulut kepada penternak lain,” katanya.
Sufian berkata, kelulut mempunyai beberapa spesies dan setiap daripadanya mempunyai keistimewaannya tersendiri.
“Lazimnya penternak menternak kelulut spesies heterotrigona itama kerana lot sarangnya lebih murah dan senang diperoleh sementara spesies istimewa, bersaiz besar serta mengeluarkan lebih banyak madu adalah spesies geniotrigona thoracica selain lepidotrigona terminata.
“Saya memiliki satu sarang kelulut geniotrigona thoracica yang dibeli di Kelantan pada harga RM1,200 dan penghasilan madunya dua kali ganda lebih banyak.
“Mungkin dalam tempoh terdekat saya bakal tambah jumlah lot sarang kelulut geniotrigona thoracica kerana penghasilan madunya lebih banyak selain madu dihasilkan lebih berkualiti berbanding kelulut biasa,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Penaja Persatuan Pengusaha Lebah Kelulut Terengganu (Pelekat), Dr Nor Riah Mohamood berkata, setakat ini 1,200 pengusaha kelulut berdaftar dengan Pelekat di seluruh negeri dan mampu hasilkan sekurang-kurangnya 200kg madu sebulan.
Sumber: Sinar Harian
FAKTA MENGENAI KELULUT :
– Kelulut boleh juga menghasilkan madu, propolis dan juga bee bread.
– Menjadi agen pendebungan yang utama di Malaysia.
– Memberi hasil pulangan yang lumayan.
– Agen pendebungan utama bagi pokok hutan terutamanya spesies cengal.
– Mempunyai kepelbagaian spesis yang tinggi berbanding lebah (56 spesis di Malaysia).
Lebah kelulut juga menghasilkan madu dan propolis yang kaya dengan khasiat seperti antioksidan yang tinggi, lebih asid fenilpropanaoik,asid protocatechuik dan asid 4-hidroksifenilasetik yang mana sangat berguna dalam bidang perubatan. Madu kelulut rasanya agak masam berbanding madu biasa serta mudah dimakan.
Penyakit yang dilaporkan sembuh melalui kaedah rawatan tradisional mengunakan hasilan lebah kelulut termasuk (Mengikut Laporan Akhbar Utusan Malaysia 20 Mei 2011) ialah
Diabetis mellitus
Kencing manis
Strok
Hepatitis (Hati),
Kanser
Hipertensi (Darah Tinggi)
Batu Karang
Antara khasiat lain :-
Batuk/Demam dan sesuai untuk bayi dan kanak-kanak
Meningkatkan metabolisme badan
Menambahkan tenaga batin
Menjaga kecantikan
Menguatkan wanita yang baru bersalin
Merawati pelbagai penyakit dan kecederaan dalaman
Mengawal paras Gula dalam darah
Merawat masalah pernafasan
Mengubati radang sendi (arthritis)
Mengubati jangkitan pundi kencing
Menyembuhkan Ulser
Menjaga kesihatan mata
Mencegah pembuluh darah tersumbat
Menyembuhkan gout
Mengubati sakit perut dan cirit birit
Menguatkan Jantung
Melancarkan peredaran darah
Mengatasai tekanan darah tinggi dan tekanan darah rendah
Mengatasai keletihan
Menyembutkan luka dalam perut
Penyegar stamina
Menyengah ketumbuhan dalam badan
Melancarkan masa menstruasi (Haid)
Mengatasi radang larinks (kerongkong)
Cara pengambilan Madu kelulut (guna sudu pelastik)
Minum 2 kali pada setiap hari iaitu setengah jam sebelum sarapan pagi dan sebelum tidur pada waktu malam dengan cara 1 atau cara 2.
Cara 1
Tuangkan 1 sudu makan madu kedalam separu gelas air sejuk ( pada suhu bilik) kacau sehingga larut dan minum atau
Cara 2
Sediakan 1 sudu makan madu kelulut dan terus diminum ( tanpa dicampur air)
* Manakala penyakit kronik hendaklah mengambil Propolis Kelulut bersama madu kelulut.
Cara pengambilan propolis
1-2 biji pil propolis dimakan 2 kali sehari (pagi/malam) pada waktu sebelum atau selepas makan
Sumber : fizaalya.blogspot