“Mohon diberikan jawatan tetap bukan kontrak” – Hero Di Sebalik Wabak Covid-19 Yang Mungkin Ramai Tak Tahu

Penjawat awam khususnya yang berkhidmat di hospital dan klinik kesihatan sedang gigih berkhidmat untuk menangani wabak yang sedang melanda di seluruh negara. Tak kira siang atau pun malam mereka masih lagi berkhidmat demi orang ramai.

Ada dalam kalangan mereka perlu meninggalkan keluarga masing-masing demi tugas yang perlu dijalankan.

Bingung nak hantar anak ke mana sedangkan taska dan sekolah tutup walhal cuti mereka dibekukan dan mereka perlu berada di tempat kerja demi menjalankan tanggungjawab mereka. Sedihanyaa

Mengikut posting Budak Lab yang dikongsikan di Facebook dimana kakitangan perubatan yang menangani wabak Covid-19 mungkin ramai yang tak tahu tentang kewujudan mereka. Mereka bertungkus lumus memastikan orang ramai dalam keadaan selamat namun mereka sendiri antara golongan yang berpotensi untuk dijangkiti wabak tersebut sebab hari-hari terdedah dengan pesakit Covid-19.

“Tengok korang pakai pakaian keselamatan ni dah cukup buat hati madam bangga, dalam masa yang sama menangisi kepenatan, kepanasan & kepayahan yang korang hadapi”

Itu luahan daripada salah seorang guru mereka yang dikenali sebagai Puan Roshidah.


Mereka ni lah yang akan ambil bermacam-macam sampel untuk dikaji seperti darah, najis, kahak dan nanah. Walaupun dengar je dah rasa mual tapi diorang lah yang kena hadap hari-hari dan membuat ujian makmal sehinggalah result keluar.

Dari situ orang ramai baru dapat kenal pasti apa penyakit yang dialami. Terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat. Korang juga wira negara.

Diharap mereka akan terus kekal sebagai petugas perubatan dengan hasil komitmen diorang dalam melaksanakan tanggngjawab mereka.

Sumber : LobakMerah

Artikel Berkaitan   “Masa Tu Allah Tarik Nikmat…,” – Abby Abadi & Norman Hakim Dedah Kisah Cerai Mereka, 11 Tahun Lalu