Mohon Share Kepada Pesakit Buah Pinggang! 7 Petua Semulajadi Bersihkan Buah Pinggang Mujarab!

estyle tag-bersihkan-buah-pinggang tag-cara-bersihkan-buah-pinggang-semulajadi tag-fungsi-buah-pinggang”>


Petua Cara Bersihkan Buah Pinggang Anda Secara Semulajadi

Petua Cara Bersihkan Buah Pinggang Anda Secara Semulajadi. Buah pinggang merupakan antara organ yang amat penting dalam sistem tubuh badan kita, namun begitu rata-rata rakyat malaysia tidak mengambil berat tentang hal ini. Setiap tahun, sebanyak 6,000 hingga 7,000 kes baru pesakit buah pinggang melibatkan rakyat negara ini telah dikesan, kebanyakkannya merupakan akibat daripada amalan gaya hidup dan pengambilan makanan yang kurang sihat.

Oleh itu kita haruslah bertindak segera agar penyakit ini tidak membunuh kita pada suatu hari nanti.

Antara fungsi buah pinggang ialah :

Untuk menyingkir sisa buangan
Untuk mengawal jumlah cecair
Untuk mengawal tekanan darah
Untuk menyediakan penghasilan sel darah merah
mengekalkan kesihatan tulang

Jom kita lihat 7 cara untuk membersihkan buah pinggang kita secara semula jadi

Anda disyorkan minum air putih sebanyak 8 gelas sehari, hal demikian kerana air putih dapat membantu buah pinggang anda untuk berfungsi dengan baik. Selain itu, air putih juga dapat menyahtoksinkan racun dalam badan anda.

Selain air masak, lebih baik juga amalkan minum air jus epal segar yang kaya dengan vitamin C untuk membersihkan buah pinggang. Lebih baik jika anda menghasilkan sendiri jus epal kerana jika dibeli, kandungan gulanya amat tinggi.

Jus lemon adalah kunci utama dalam menyekat perkembangan batu karang dalam buah pinggan. Jus lemon juga membantu buah pinggan beroperasi secara efektif.

Makan ikan yang tinggi kandungan Omega-3 seperti salmon, kembung d4n sardin. Makanan ini mengandungi asid lemak yang baik untuk menjaga kesihatan buah pinggang.

Asap rokok boleh menyebabkan buah pinggang rosak. Ia bukan saja memberi kesan kepada perokok tegar, tetapi juga kepada mereka yang sentiasa terdedah kepada asap rokok.

Anda juga haruslah mengurangkan gula dan garam dalam pemakanan anda. Pilihlah makanan yang mempunyai vitamin yang tinggi contohnya buah-buahan dan sayur-sayuran.

Anda juga boleh amalkan buah tembikai untuk mencuci buah pinggang anda. Dengan pengambilan buah tembikai, iainya membantu anda untuk membuang air kecil deng4n lebih lancar maka dengan ini buah pinggang anda akan bertambah baik.

Semoga Bermanfaat.

Sumber: Dakwah Tv