Muflis & Tidak Lagi Sebumbung? Laudya Cynthia Bella Sampai Jual Rumah

KISAH rumah tangga pelakon Laudya Cynthia Bella dan suami Engku Emran terus menjadi topik perbualan hangat peminat di Indonesia.

Menerusi laporan Tribunnews, Laudya dikatakan tidak lagi tinggal sebumbung bersama suaminya dan kini sedang dalam proses menjual kediaman mereka yang terletak di Jakarta Selatan.

Malah, khabar angin mendakwa dia terpaksa menjual rumah tersebut kerana sudah mufli1s.

Jual Rumah, anak kepada Presiden Indonesia berminat

Memetik laporan Tribunnews, Bella dikatakan sudah tidak lagi tinggal sebumbung bersama Emran. Lebih mengejutkan, Bella ingin menjual rumah mereka yang terletak di Jakarta Selatan. Difahamkan, sudah terdapat beberapa individu sudah meninjau kediaman berkenaan dipercayai berminat untuk memiliki kediaman tersebut termasuklah anak kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Banyak Kenangan

Bukan itu sahaja, antara spekulas1i lain termasuklah mendakwa pelakon Cinta Bunga ini sudah jatuh mufli1s yang membuatkan dia terpaksa menjual rumah itu. Bagaimanapun, menerusi carian lain rumah tersebut sebenarnya sudah mula ingin dijual sejak 2018. Beranggapan rumah tersebut mempunyai terlalu banyak kenangan termasuk mengingatkan Bella pada ibunya, rumah tersebut dianggaran bernilai hampir RM28 Juta.

Padam foto suami di laman sosial… ini komen Laudya Cynthia Bella ketika diasak media
Sebelum ini TINDAKAN pelakon Laudya Cynthia Bella mem4dam foto bersama suaminya, Engku Emran di laman sosial mengundang pelbagai spekvlasi daripada netizen.

Isu ini terus menjadi perbualan hangat peminat apabila Laudya hanya mendiamkan diri dan enggan mengulas lanjut mengenai hal rumah tangganya itu.

Terbaharu, menerusi laporan Grid.ID, Laudya diserbu oleh sekumpulan media Indonesia ketika ditemui di sebuah acara hiburan di Senayan, Jakarta pada Ahad.

Memilih untuk terus mengunci mulut, pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan ini hanya tersenyum meskipun diasak dengan pelbagai soalan panas.

Artikel Berkaitan   8 Lapan Kali Bergelar Juara Dunia, Jumlah Pencen Datuk Nicol David Setaraf Pemenang Medal Olimpik!

Sehinggakan dia terpaksa dikawal oleh beberapa orang pengawal untuk mengiringinya ke kenderaan.

“Terima kasih ya,” kata Laudya sambil tersenyum.

Sebelum ini, Laudya pernah memberitahu dia tidak akan berkongsi foto bersama suami di media sosial kerana ingin menjaga privasi.

Laudya dan Engku Emran berkahwin pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

 

sumber : trending