MuIut Macam Ini Kita Kena Ajar, Kata Nourul Wahab. Rupanya Ia Ada Kaitan Dengan Raja Permaisuri

Kisah Raja Permaisuri Agong yang menyah-aktifkan akaun Twitter baginda bukan sekadar mendapat perhatian warganet malah juga golongan selebriti.

Ini kerana golongan selebriti antara yang paling kerap menggunakan laman sosial bagi tujuan berhubung dengan peminat dan juga berkongsi aktiviti kerjaya seni.

Namun perkongsian tersebut bukan semua mendapat maklum balas positif. Tidak kira apa yang dikongsi, kongsi pasal masak pun pasti ada yang beri komen jelik.

Isu buIi siber dengan kata-kata negatif segelintir netizen terhadap Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengundang rasa marah banyak pihak termasuk penyanyi Nourul Wahab.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorul Huda Abdul Wahab, 41, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai keterlaluan dan biad4b lebih-lebih lagi kepada Tunku Azizah.

” Sebagai artis, individu yang selalu kena maki, kena kutuk… ya saya anggap ia perkara biasa kerana kami tak ada tittle Duli Yang Maha Mulia.

” Mereka gunakan media sosial untuk lepaskan geram, luahkan rasa sampai mereka sendiri dah tak tahu adab nak hormat orang. Kita boleh tengok sesetengah orang ni tak ada otak dan biad4b.

” Saya rasa sangat marah sebab dah selalu kena dan mereka senang-senang guna media sosial untuk lepaskan dendam,” ujarnya.

Nourul meluahkan rasa marah dengan segelintir netizen yang meninggalkan komen negatif terhadap Tuanku Permaisuri Agong.

Nourul berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah posting yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya pada Rabu.

Selain itu kata Nourul, sebagai rakyat yang hidup berlandaskan institusi Raja Berperlembagaan, kita perlu menghormati sistem berkenaan.

Malah Nourul turut menyuarakan pendapat agar individu berkenaan perlu dikenakan tindakan bagi memberi pengajaran agar sikap biad4b seperti itu tidak lagi berulang.

” Kita ni nak pemimpin berjiwa rakyat tapi kita asyik mengata permaisuri. Tunku manusia biasa yang nak kongsi mengenai kisah hidup, untuk memberi inspirasi… bukan saja-saja share atau menunjuk.

” Apabila ada manusia begini memang saya geram. Kita enjoy tengok kehidupan yang dikongsikan permaisuri… Saya rakyat dari negeri yang tiada raja, jadi saya seronok tengok video Tunku.

” Mulut-mulut macam mereka ni kita kena ajar… sebagai rakyat kita kena ada rasa tanggungjawab kepada institusi diraja dan negara kita. Saya setuju poIis tangkap walaupun Tunku tak suka penangkapan dilakukan.

” Pendapat saya mereka perlu ditangkap untuk diberi pengajaran kerana media sosial itu bukan tempat untuk mereka meluahkan segala-galanya,” katanya.

Terdahulu, kehilangan akaun Tunku Azizah daripada radar Twitter menimbulkan rasa gusar pengikutnya.

Berikutan itu, beberapa laporan poIis turut dibuat terhadap individu yang meninggalkan komen negatif sehingga ia menarik perhatian Tunku Azizah.

Saja lah nak teguq jugak. Adab tu macam mana pun no 1. Duit tak banyak takpa. Tapi adab dulu. Lepas tu qeja usaha cari duit. .Kalau adab takdak, masalah. Tu pada kami lah.

Posted by Nourul Wahab Depp on Tuesday, 17 September 2019