“Nak Makan Maggi Letak Udang Tapi Tiada Duit” Pelajar Ini Kongsi Realiti Kehidupan, Rupanya Ramai Kongsi Pengalaman Hidup

KUALA LUMPUR – Situasi tidak mampu untuk membeli makanan oleh golongan mahasiswa bukan perkara luar biasa.


Terbaru, pelayar Twitter lebih dikenali Hannan berkongsi kisah kehidupannya bergelar mahasiswa di sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam hingga menarik perhatian netizen.

Manakan tidak, dia memuat naik dua foto makanan iaitu mi segera dan keropok berperisa udang dengan status “Nak makan maggi letak udang tapi tiada duit”.

Rata-rata netizen bersimpati dengannya tidak kurang juga sempat berkongsi pengalaman mereka membuat eksperimental dengan makanan ketika mengalami kesempitan wang.

Kata @ahn_scott “Masa belajar apa-apa pun sedap, nikmatinya, kenangan ni, tapi dulu lupa makan dengan apa, nasi lemak ke bihun goreng… time kita dulu masih murah lagi dua makanan tak berapa marhaen tu…”

“Aku dengan kawan aku pernah buat megi kari, campur biskut sayur. Bila rasa sedap sebab biskut tu jadi rasa macam telur… Rasanya memang sedap.” ciap @mvhd_faliq

Pada hantaran yang sama, kata @l0user__ turut merasai keperitan ketika tiada wang untuk membeli makanan.

“Dulu aku duduk tahfiz, aku makan nasi campur ‘twisties’tu je, rasa macam makan nasi dengan ayam. Masa tu mewah la, kalau tak mewah makan nasi campur ikan kering,” luahnya.

Perkongsian itu mendapat 10,500 tanda suka dan 9,200 ulang ciap dari netizen.