“Nak Masak Rendang Ayamlah Hari Ni, Bau Wangi Rasa Pun Sedap Sangat!”

  • 1 ekor ayam
  •  2 cawan santan
  •  2 sudu kerisik
  •  2 helai daun kunyit diracik halus
  •  minyak untuk menumis
  •  garam & gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar :

  •  21 batang cili kering
  •  2 labu bawang besar
  •  4 ketul kunyit hidup
  •  1 sudu ketumbar
  •  2 biji buah keras
  •  4 batang serai
  •  3 inci halia
  •  3 inci lengkuas
  1. Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  3. Masukkan kerisik kacau rata.
  4. Perasakan dengan garam gula.
  5. Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang
Artikel Berkaitan   Resepi Rare Yang Ramai Tak Pernah Cuba, Ayam Yogurt Berempah