Nak Masak Sedap Takut Tak Sempat Balik Ni. Nah Try Daging Masak Kicap Pantas Dan Sedap

Bahan-Bahan :

  • 400 gram daging boneless ( dihiris nipis-nipis atau di potong dadu kecil)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 inci halia
  • 1 biji bawang putih
  • 2 sudu besar lada kisar, atau cili
  • 1 batang kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan air
  • sedikit minyak untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar ( dihiris kasar)

Cara-Cara Memasak :

1. Mula-mula blender bawang besar, bawang putih dah halia hingga hancur.

2. Panaskan minyak dan tumis kayu manis dan bunga lawang.

3. Kemudian curah bahan kisar tadi dan lada kisar, tumis hingga naik bau dan agak garing.

4. Kemudian masukkan kicap manis dan kicap pekat.

5. Masukkan daging dan 1/2 cawan air, pastikan daging tenggelam, masak daging hingga empuk dan kuah kicap tadi menjadi pekat

6. Sesuaikan rasa, masukkan garam dan sudu kecil gula, jika daging belum empuk boleh tambah air, akhir sekali masukkan bawang besar yang dihiris kasar dan kacau hingga bawang agak layu, angkat dan hidangkan.

Artikel Berkaitan   Resepi Gulai Ikan Tongkol Yang Ramai Orang Tanya, Anda Boleh Ikuti Cara Nak Buatnya Ya