“Nak Nyanyi Juga Belut Letrik Ni..” – Amyza Aznan Kritik Aliff Syukri Tak Habis-Habis Cer0boh Industri, Suruh Jadi Penerbit Je

Pelakon Amyza Aznan mengkrltik tlndakan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang disifatkan sebagai seorang yang suka ‘mencer0boh’ industri seni tempatan.

Amyza, 44, berkata, industri seni bukanlah tempat yang selayaknya untuk usahawan tersebut kerana merasakan dirinya sebagai insan yang terbvkti tidak mempunyai bakat dalam dunia nyanyian mahupun lakonan.

“Dalam bidang blsnes saya tablk pada dia, dia k3ntal dia glgih, dia jual keliling dia sebagai kandungan YouTube dan bisnes dan dia berjaya. Tapi, dia tidak berjaya dalam industri kami sebab dia tak berbakat.

“Bakat bukan dibuat-buat. Seni ini terlalu halus dan tidak semua orang dikurniakan bakat. Sama macam saya dan netizen di luar sana, kami tak ada kemahiran dalam bisnes,” katanya.

Perkara itu diluahkan Amyza sebagai resp0ns kepada satu posting di Instagram Aliff yang mempertlkaikan mengapa lagunya tidak layak ke Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Lagi sekali anda cuba nak cer0boh industri kami nampaknya. Ya Datuk Seri, saya setuju dengan anda kali ini. Sangat setuju, bila anda cakap sepatutnya lagu anda dan anda diangkat.

“Memang patut diangkat tinggi-tinggi dan kemudian h3mpaskan anda kuat-kuat atas jalan raya supaya anda terjaga dan sedar diri. Saya tak m4rah anda nak menyanyi sebab minat, tapi tak perlu sampai usik AJL,” luahnya.

Bukan itu sahaja, Amyza turut menasihatkan agar Aliff terus kekal berada dalam dunia perniagaan sahaja.

“Industri ini bukan tempat dia. Dia jadi penerbit drama dan syarikat rakaman pun dah sangat bagus dah. Nak nyanyi gak b3lut l3trik ni,” luahnya

Perkongsian pandangan Amyza itu kemudian mendapat pelbagai resp0ns dalam kalangan netizen.

Artikel Berkaitan   (Video) 2 mangsa buli dibelasah & ditampar 39 kali

Rata-rata bersetuju dengan apa yang diperkatakan pelakon drama Isteriku Mem Besar itu.

“Terbaik kak! Jujur dan b3rani.. tak ada ampu-ampu. Kau ingat kau datuk kaya raya, ada kak hairan.

“Memang betul pun suara dia tak sedap langsung, tolong sedar diri berjaya dalam bisnes je tak semestinya dalam dunia seni,” tulis sebahagian nezen.

Terdahulu, Aliff memuat naik sep0tong video yang mempertlk4ikan mengapa lagunya tidak layak bertanding di pentas berpr3stij biarpun mempunyai jumlah tontonan berjuta di YouTube.