“Nak tengok je…” – Netizen Terkejut Wanita Mengandung Bagitahu Mengidam Nak Masuk & Bau Bilik Myat!

Macam macam kisah lucu dan pelik pasal ibu hamil mengidam yang kita pernah dengar kan? Selalunya paling normal ibu mengandung akan mengidam makanan tapi ada juga yang mengidam pelik pelik but masih boleh ditunaikan lagi.

Seorang wanita yang mengandung 4 bulan mengejutkan ramai netizen baru-baru ni lepas dia bagitau apa yang dia idamkan. Ain Nabila, 20, kongsi di Twitter yang dia teringin nak masuk bilik mayat!

Aku ngandung ni kan, ngidam nak masuk bilik mayat. Nak tengok je…”

Lagi dahsyat, ibu mentua Ain turutkan keinginan dia disebabkan tak mahu cucunya nanti kempunan. Menurut mStar, Ain sebenarnya seorang yang penakut dan rasa teringin tu cuma datang lepas dia baca artikel pasal bilik mayat beberapa hari lepas.

Saya sebenarnya seorang yang penakut tapi sejak mengandung dah empat bulan ni timbul pula perasaan berani. Saya ada beritahu suami mengenai keinginan ini. Di hanya cakap ‘kalau nak masuk, masuk sorang’.”

Saya pasti dia tak akan ikut saya ataupun mungkin tunggu di luar sahaja. Dia pun penakut macam saya.”

Lepas tak dapat sokongan suami, saya beritahu mak mentua dan dia mengikut saja kehendak saya sebab tak mahu cucunya nanti ada rasa kempunan.”

Sumber: Twitter
Dia dikatakan dah rancang untuk lawat rumah mayat dekat sebuah hospital di Kluang dengan mak mentua. Tapi lepas baca komen netizen di Twitter, timbul pula rasa risau.

Saya teringin nak hidu bau bilik mayat tu dan tengok keadaan sekeliling. Memang hati saya terlalu teringin sangat.”

Mungkin saya akan tanya terlebih dulu ahli agama mengenai keinginan ini, bimbang juga kalau ada perkara tidak baik berlaku kepada bayi selepas lahir nanti.”

Artikel Berkaitan   7 Tips Berkesan Melupakan Orang Yang Kita Sayang Dalam Tempoh Singkat.

Sumber: Twitter
Walaupun ada juga yang agak ‘bitter’ dengan posting dan keinginan Ain tapi ramai yang bagi pandangan positif dan kata-kata nasihat.

Jadi saya ambil nasihat nasihat positif itu demi bayi ini. Harap harap hari esok dan seterusnya perasaan ini akan hilang.”