
” Tadi masa aku tengah drive abah aku bercerita kat aku pasal masa dia k0ma dan selepas dia sedar dari k0ma. Tidak semua orang dapat peluang kedua dari Allah”, demikian kata seorang anak mengenai kisah bapanya yang cukup menginsafkan.
Menurut Huzairy Hasry, 24, bapanya, Hasry Harun berada dalam keadaan k0ma selama satu bulan, 15 hari selepas terbabit dalam kmlngan motosikal berkuasa tinggi pada penghujung Mac tahun lalu.
Pada Sabtu lalu, bapanya yang berusia 51 tahun bercerita mengenai gambaran yang dilihatnya sepanjang berada dalam keadaan k0ma.
Posting Huzairy mengenai kmlngan bapanya. Huzairy (kanan) bersama bapa (tengah) dan adiknya.
” Sebelum ni tengok dalam TV, baca dalam al-Quran atau buku. Tapi kali ni terjadi pada abah sendiri. Saya sendiri tertanya-tanya, betul ke apa abah aku nampak?
” Memang terkejut dan rasa insaf, mungkin Allah nak tunjuk. Abah kata ada ‘orang’ bawa dia ke padang Mahsyar.
” Bila setiap malam cahaya tu masuk dalam bilik abah, abah kata dia takut sebab dia tak ready lagi nak pergi. Dia akan berzikir dan doa bila setiap kali cahaya tu datang. Abah mintak peluang untuk dipanjangkan umur lagi. Masuk malam ke 4 dan so on, cahaya tu dah tak datang.
” Abah kata dia nampak syurga dan nraka. Pnas sangat dan mereka yang masuk nraka kena humban macam tu je sampai kulit hngus terbkar.
” Dia juga nampak syurga. Dia kata taman kat syurga tu semua cantik dan luas,” imbas Huzairy mengenai cerita bapanya sewaktu dihubungi mStar.
Kata pelajar bidang Keselamatan dan Kesihatan di Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS) itu, kisah mengenai manusia dihisab di padang Mahsyar paling memberi kesan buat dirinya.
Malah, dia juga terharu apabila niatnya berkongsi kisah itu di Twitter turut memberi kesedaran kepada orang lain.
” Yang paling beri kesan bila abah cerita ramai tunggu giliran dihisab amalan serta ramai beratur sebelum dihumban dalam nraka.
” Ada juga kawan abah yang cadangkan supaya dia tulis buku. Apa-apapun, saya syukur apa yang saya kongsi di Twitter, boleh buat orang lain rasa terbuka hati,” katanya lagi.
Menurut Huzairy, dia juga sukar percaya namun bersyukur apabila bapanya kini hampir pulih sepenuhnya.
Sewaktu k0ma, bapanya berada dalam keadaan kritikal dan dimaklumkan mempunyai peluang tipis untuk terus hidup.
” Ada sekali tu doktor call suruh pergi hospital sebab abah dah na zak. Semua terkejut. Saya pun mnangis masa tu, tapi dia stabil semula.
” Abah banyak cdera, paru-paru dia terkyak. Tulang rusuk tertkam paru-paru. Berlaku kecderaan dalaman.
” Saraf tangan juga ptus. Alhamdulillah, abah dah makin sihat walaupun tak seratus peratus sembuh,” ujarnya.
Dalam pada itu, siri perkongsian Huzairy di Twitter sehingga kini menerima lebih 21,200 ulang kicau (Retweet).
Malah, ramai netizen turut menghujani posting berkenaan dengan pelbagai komen.
” Aku tertarik dengar cerita orang k0ma dan dapat peluang kedua dapat tengok syurga nraka boleh insaf terus kat dunia ni.
” Subhanallah. Rezeki dipanjangkan usia. Rezeki melihat segala rahsia Allah.
” Salam bro, thanks for this sharing. Kirim salam dekat abah. Semoga dia sembuh sepenuhnya,” tulis beberapa netizen.