“Nampak masa ni abam dah lain” – Kawan Baik Kongsi Video Terakhir Bersama Abam, Netizen Perasan Wajah Arwah Penat & ‘Berbeza Dari Biasa’

Kematian mengejut Abam Bocey atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar memang meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminat industri hiburan Malaysia. Amal kebaikannya menjadi sebutan ramai sehingga hari ini walaupun arwah sudah meninggal beberapa hari lalu.

Mengimbau kembali kenangan bersama sahabatnya, rakan baik Abam, Pojie Pidon ada memuat naik video terakhirnya bersama arwah iaitu 3 hari sebelum Abam meninggal dunia di Instagram. 

“Aku abadikan kat sini… ni video terakhir kami bersama Allahyarham Abam” 

Menurut Pojie, video yang dirakam pada 7 Februari 2020 itu ialah ketika dia bersama Abam dan sahabat lain pulang bercuti dari Melaka ke KL. Video tersebut ialah kenangan terakhirnya bersama arwah Abam.

“Nampak sangat dia tak sihat… Maaf saya terperasan ada lekuk kat dahi arwah” 

Video tersebut mendapat perhatian netizen yang rata-rata mengakui terlihat ‘kelainan’ pada wajah arwah. Abam di dalam video ni nampak penat, muram dan wajahnya seperti sangat berbeza daripada sebelum ini.

Arwah juga yang terkenal dengan sikap peramah dan gemar membuat lawak tidak banyak bercakap dan hanya memberitahu dia demam.

Sumber: Instagram

Apa-apapun admin yakin ramai kat luar sana yang masih teringat dan merindui pelawak ni kan? Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama para solehin. Amin. 

Artikel Berkaitan   “Harap Dia Jadi Pemimpin KeIakar” King Coco Buat ‘C0me Back’ Menang Jawatan Ketua Srikandi Bersatu Bahagian Bagan Serai