“Nanti nak mintak kerja pun susah’ –Gara-gara Langgar PKP, Lelaki Kongsi Pengalaman Masuk Penjara 2 Minggu

Memandangkan semakin ramai individu yang dihadapkan ke mahkamah disebabkan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan, mesti ramai yang tertanya-tanya macam mana lah agaknya hidup dalam penjara kan. Yang penting, memang seksa duduk dalam tu.

Kali ini, ada seorang lelaki telah kongsikan pengalamannya dipenjarakan selama dua minggu akibat mengingkari PKP baru-baru ini.

Mohamad Azezul telah kongsikan pengalamannya itu menerusi Twitter. Korang baca lah perkongsian ni.

Keluar sebab nak repair telefon bimbit

Terus dicekup pihak polis

Setelah itu, lelaki yang tinggal di Johor ini telah dijatuhkan hukuman penjara di Penjara Kluang. Azezul juga mengingatkan pesalah untuk membuat rayuan tentang jumlah denda yang perlu dibayar.

Dalam penjara, dia telah diasingkan daripada pesalah PKP yang lain memandangkan dirinya yang masih muda. Dalam satu sel penjara, ada 14 orang banduan. Tak dapat nak bayangkan macam mana duduk ramai-ramai dalam tempat sempit.

Azezul juga berharap agar perkongsiannya ini dapat dijadikan pengajaran kepada orang-orang di luar sana yang masih mengambil mudah terhadap arahan PKP.

Baguslah tu, kita buang yang keruh, ambil yang jernih.

Sumber : Lobakmerah