“Nasib” Orang Bujang Ditentukan Esok, Ramai Yang Tak Sabar Tunggu Pengumuman PM

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka akan membuat pengumuman berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan pada esok, 7 Jun 2020 jam 3 petang.

Tambah Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PM dijangka juga akan mengumumkan sesuatu untuk orang bujang dalam perutusan esok.

“Untuk orang bujang yang nak merentas negeri, saya difahamakan Perdana Menteri akan umumkan sesuatu esok.

“Jadi tunggulah sebab saya takut kalau saya umum, nanti lebih awal daripada Perdana Menteri… jadi tunggu Perdana Menteri akan umum sesuatu. Kalau PM tak sebut saya akan sebut, untuk orang bujang… bersabar hingga esok,” katanya dalam sidang media harian di sini pada Sabtu.

kredit era