Nasihat Berguna Oleh Imam Al-Ghazali, 3 Jenis Kawan Yang Ada, Pilihan Di Tangan Anda

Hidup ini memang perlukan kawan yang baik, mereka lah peneman kita selain daripada keluarga. Tetapi tak semua kawan itu baik untuk kita. Menurut Imam Al Ghazali terdapat 3 jenis kawan.

  • Kawan Pertama

Kawan yang ada ilmu. Apabila kita berkawan dengan dia, dia akan sentiasa bagi ilmu serta nasihat kepada kita. Imam Al Ghazali berkata bahawa jangan lepas kawan yang seperti ini. Kerana banyak kebaikan yang boleh diperolehi.

  • Kawan Kedua

Seseorang yang tidak mempunyai ilmu, tetapi kita ada ilmu dan dia terima ilmu dan nasihat yang disampaikan oleh kita kepadanya. Berkawanlah dengan mereka kerana dengan ilmu dan nasihat yang kita sampaikan kepadanya, dia dapat melaksanakan perintah Allah SWT.

  • Kawan Ketiga

Dia tidak ada ilmu namun kita ada tetapi apabila diberi ilmu nasihat, dia tidak terimanya malah akan sentiasa bagi pelbagai alasan seperti tidak minat dengan ilmu yang disampaikan. Maka, kata Imam Al Ghazali, jangan berkawan dengan orang macam ini kerana tidak akan membawa manfaat kepada kita dan diri dia. Dan mungkin kita akan terikut dengan tingkahlaku dia yang boleh membawa kita kepada kehancuran.

Semoga kita sentiasa dikurniakan kawan-kawan yang membawa manfaat dalam hidup kita. Dan jauhi orang yang tosik.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   7 Perubahan Yang Akan Berlaku Apabila Seseorang Semakin Tua, No 5 Yang Ramai Tidak Sanggup