Neelofa Sepatutnya Langsungkan Perkahwinan Tapi Gara-Gara PKP Terpaksa Ditangguhkan? Terkejut 3 Dj Era Fm Ini

Neelofa, satu nama yang memang tidak asing lagi. Beliau seorang selebriti yang boleh dianggap bertaraf antarabangsa. Walaupun karier lakonan atau pengacaraan tidak sampai ke peringkat global tetapi nama beliau agak tinggi dalam bidang perniagaan.

Neelofa antara nama nama yang masih lagi belum mendirikan rumahtangga. Banyak gosip gosip dimana dia akan berkahwin. Ramai juga nama nama rakan selebriti yang dipetik dikatakan menjadi pasangan Neelofa.

Neelofa Batal Perkahwinan?

Pelakon Neelofa memberitahu sepatutnya dia akan mendirikan rumah tangga bulan ini, namun ia ditangguhkan kerana Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Namun kenyataan itu diberikan secara berseloroh ketika sesi temu bual secara online bersama penyampai radio dalam segmen Johara PKP Era iaitu Johan, Ray dan Hanif semalam.

“Sekarangkan kita perlu batalkan semua majlis perkahwinan dan segala acara.

“Saya baru nak kahwin!”katanya berseloroh sambil ketawa.

Kenyataan Neelofa itu membuatkan tiga penyampai radio itu tidak dapat menahan gelak tawa.

Hanif kemudian menyambut kenyataan Neelofa dengan mengajaknya berkahwin di Jepun.

“Memandangkan Neelofa tadi puji kebersihan negara Jepun, jom kita kahwin di Jepun,” katanya dengan nada gurau.

Temu bual itu berlangsung selama lebih enam minit dan mereka membincangkan mengenai situasi terkini mengenai arahan PKP serta perancangan Neelofa dalam kerjaya dan hidupnya.

Saksikan temu bual penuh di Instagram rasmi Era.

 

Takpe Neelofa, kalau betul nak berkahwin. Kahwin je .. Rukun nikah itu mudah je .. majlis grand buat kemudian .. jangan lupa jemput ye hehe!

kredit ceritaa