Negara China Dituduh Menjual Organ Dalaman Umat Islam Uighur Di Pasaran Gelap. Apalah Nasib Mereka!

GENEVA – Kerajaan China dituduh melakukan pembedahan secara paksa terhadap tahanan politik termasuk umat Islam Uighur sebelum mengambil organ mereka untuk dibekalkan ke pasaran gelap.

Tuduhan keras itu dilemparkan badan bukan kerajaan (NGO), China Tribunal di hadapan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) di Geneva, Switzerland baru-baru ini.

NGO itu mendakwa, kerajaan China mengambil jantung, paru-paru, ginjal serta buah pinggang tahanan pergerakan Falun Gong dan etnik Uighur untuk dijual kepada pesakit warga asing yang memerlukan pemindahan organ.

Peguam China Tribunal, Hamid Sabi berkata, pihaknya mempunyai bukti bagi menyokong tuduhan tersebut.

“Pengambilan organ secara paksa ini telah berlaku selama bertahun-tahun di seluruh penjuru China pada skala yang signifikan.

“Ratusan ribu mangsa terutamanya daripada etnik Uighur dan pengikut Falun Gong telah menjadi sasaran.

“Ini merupakan salah satu kekejaman terburuk abad ini,” kata Sabi.

Pada 2001, kenyataan rasmi pegawai kerajaan China mendakwa sumber utama organ manusia adalah daripada pendermaan secara sukarela oleh rakyat China.

Bagaimanapun, empat tahun kemudian mereka mendakwa kebanyakan organ diambil daripada banduan yang dijatuhkan hukuman mati dan sudah memberi kebenaran untuk diambil organ.

Difahamkan, penjualan organ manusia di pasaran gelap di China kini dianggarkan bernilai AS$1 bilion (RM4.14 bilion) setahun. – Agensi

Artikel Berkaitan   127 Rakyat Eropah Enggan Pulang Ke Negara Mereka Dan Menetap Sementara Di Pahang