Nervous Nak Temuduga Hadap Dr Fazley, Pencari Kerja Ini Terkejut Dr Fazley Siap Bagi Komen Di Twitternya

Sebelum ditawarkan satu-satu pekerjaan, perkara yang wajib dilalui oleh seseorang itu sudah semestinya proses temu duga.

Memang tak dapat dinafikan, itulah proses yang cukup gementar dan mencabar buat mereka yang mahu mendapatkan kerja.

Lebih-lebih lagi apabila bimbang sekiranya tidak mampu menjawab soalan yang diutarakan oleh panel ataupun bakal majikan.

Begitupun, lain pula ragamnya dengan cef selebriti Datuk Fazley Yaakob yang tidak sengaja sudah terbuka cerita mengenai apa yang perlu dilakukan calonnya sebelum menghadiri proses interviu yang berlangsung hari ini.

Semuanya, gara-gara seorang individu memuat naik meluahkan kerisauannya di Twitter untuk menghadiri satu temu duga tanpa menyedari bahawa insan tersebut merupakan salah seorang calon pekerjanya.

 

“Tadi kebetulan saya ternampak tweet seseorang yang gementar untuk pergi ke interviu dia yang pertama esok (hari ini), saya pun rancanglah nak balas dan bagi semangat.

“Sambil-sambil saya tengah taip tweet, saya baru sedar yang dia akan diinterviu oleh…SAYA SENDIRI!,” ceritanya.

Perkara itu dikongsikan Fazley menerusi satu posting di Instagram miliknya.

Selepas menyedari hal tersebut, kata Fazley, dia kemudian meneruskan niatnya itu sahaja yang asalnya mahu berkongsi tips secara umum.

“Tak apalah, saya dah niat nak bagi dia semangat, jadi saya teruskan sahaja dengan niat saya tu dengan bagi tips mudah.

“Semoga dia berjaya esok! Saya doakan, jadi korang semua yang membaca ni pun kena doakan dia ok dan doakan saya jugak!,” ceritanya.

Dalam posting tersebut, Fazley memuat naik paparan komen yang dibalas kepada individu tersebut.

“Apa kata mulakan dengan beritahu mak ayah, lepas tu minta mereka doakan untuk esok (hari ini), kemudian follow IG @minagkapau dan @sukasucrebistro, buat kajian tentang menu-menu yang saya hasilkan selama lapan tahun ni.

“Lepas itu, masa nak pergi interviu buat solat sunat dua rakaat agar diberi ketenangan,” kongsinya.

kredit gempak

Artikel Berkaitan   Wanita Kongsi Kalau Nak Cucur Bilis Rangup Di Luar Lembut Di Dalam Kena Campur Nasi