Netizen Panas Hati Aliff Syukri Kongsi Foto Tunggang Gajah

Pengasas D’herbs, Datuk Aliff Syukri sememangnya sering menjadi perhatian, malah ramai yang menjadikan beliau idola untuk bergelar usahawan berjaya sepertinya. Baru-baru ini, Aliff Syukri ada memuat naik fotonya menunggang gajah ketika berada di Thailand.

Bagaimanapun, perkongsiannya itu membuatkan netizen ‘panas hati’ kerana ramai tahu gajah-gajah itu telah didera bagi menjinakkan haiwan tersebut dan dipaksa untuk membawa pelancong.

Rata-rata netizen mengecam usahawan itu dan mengatakan menunggang gajah seolah menyokong kepada penderaan haiwan tersebut.

Kata netizen lagi, meskipun sebelum ini sudah banyak perkongsian mengenai haiwan itu didera, namun ia masih tidak memberikan kesedaran kepada orang ramai termasuk usahawan tersebut.

Malah ramai yang meminta Aliff memadam gambar tersebut serta menggesa supaya berhenti serta tidak mempromosikan kekejaman terhadap haiwan. Tiak kurang juga ramai yang meluahkan rasa sedih melihat gambar gajah tersebut seolah dalam kesakitan.

(Visited 113 times, 1 visits today)