Netizen Restu Lofa Dengan PU Riz, Tapi Cicipan Neelofa Buat Netizen Cetus Tanda Tanya

“DOA Neelofa dulu, kata dapat jodoh yang turut disenangi oleh semua peminat dia. Jika jodoh ini milik mereka berdua, memang satu Malaysia restu dan tersenyum” komen salah seorang warganet di Instagram (IG), susulan tersebarnya gosip mengaitkan bekas pengacara MeleTop, Noor Neelofa dan pendakwah bebas dikenali PU Riz.

Malah, sejak semalam di laman Twitter kecoh apakah wujudnya hubungan istimewa di antara Neelofa atau mesra disapa Lofa, dengan PU Riz yang turut dikenali sebagai pelakon.

Namun, perkara itu mencetuskan perdebatan dalam kalangan warganet di Twitter apabila mendakwa PU Riz sudah mempuyai kekasih yang juga seorang penuntut di sebuah universiti awam.

Dalam masa sama, ramai juga peminat yang merestui jika benar Neelofa dan PU Riz sedang bercinta. Perkara ini tercetus, susulan ciapan  dimuat naik Neelofa pada Selasa lalu.

“Jangan hiraukan apa yang orang kata dan fikir mengenai kamu, tapi fokus kepada bagaimana untuk memperbaiki diri sendiri. Jangan hidup semata- mata untuk cuba puaskan hati orang lain tetapi untuk diri sendiri,” tulisnya.

Ciapan Neelofa itu, bagaimanapun mendapat maklum balas seorang penguna akuan @izniqadisa.

“Sebab Lofa cuma hidup untuk puaskan hati sendiri la, Lofa sanggup curi kekasih orang. Yakinkan semua benda kat dunia ni, Lofa boleh dapat, biarkan orang lain menangis asalkan kita bahagia kan,” tulisnya.

Difahamkan juga hubungan Neelofa dan PU Riz semakin rapat sejak Ramadan lalu, apabila pelakon filem Ada Apa Dengan Dosa itu sering menjadi imam solat terawih dan menyampaikan tazkirah di kediaman Neelofa.

Pun begitu, usaha Harian Metro mendapatkan PU Riz untuk penjelasannya gagal apabila mesej di WhatsApp tidak dibaca dan panggilan telefon pun tidak diangkat, mungkin sibuk dengan penggambaran drama.

Artikel Berkaitan   Mengejutkan!.. Inilah Hukum Memejamkan Mata Ketika Solat.. Semoga Kita Tidak Mengulanginya Lagi

kredit harian metro