Netizen Terkejut Elfira Loy Turun Berat Mendadak Sebanyak 12 Kilogram Selepas 30 Hari Melahirkan Anak, Ini Jawapannya!

Pelakon Elfira Loy meluahkan perasaan gembira apabila berjaya menurunkan berat badan sebanyak 12 kilogram selepas 30 hari melahirkan anak lelakinya pada 1 Oktober lalu.

Elfira atau nama penuh Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri berkata demikian setelah selesai membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf melakukan pemeriksaan pertama di sebuah pusat perubatan hari ini.

Menurut pelakon berusia 25 tahun itu, dia mengakui agak mencabar dalam usaha bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan malah mahu mengurangkan beratnya lagi sebanyak 10 kilogram.

“His first checkup went well and mommy pun happy 12kg gone, 10 more kgs to go okayyyyy. Fuhhh 😅 . Mencabar betul,” tulisnya.

Rata-rata pengikutnya di laman Instagram memberikan pelbagai reaksi dengan memuji kecomelan anak-beranak itu yang tidak ubah kelihatan seperti kakak dan adik.

Pelakon tersebut mendirikan rumah tangga dengan Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 setelah tiga bulan mengikat tali pertunangan.

Sumber : Elfira Loy

Artikel Berkaitan   Lepas Banjir Semakin Surut, Penduduk Gempar Dengan Kehadiran Bangkai Kapal Misteri Tahun 1800