Niat Balik Kampung Nak Kurung Kat Rumah, Rumah Pelajar Hangus Dijilat Api Tiada Tempat Menginap Bersama Keluarga

Ketika ini, seluruh rakyat Malaysia telah diarahkan untuk duduk sahaja dirumah ekoran daripada penularan Covid-19 yang sedang rancak melanda negara.

Syarikat-syarikat kerajaan dan juga swasta juga telah mengarahkan sebahagian besar pekerjanya bekerj dari rumah. Begitu juga penuntut IPT yang diminta untuk melakukan pembelajaran secara online sahaja.

Oleh itu ada daripada mereka telah kembali kerumah masing-masing kerana sesetengah IPT meminta pelajarnya mengosongkan universiti.

Namun, disebalik kelam-kabut dalam mematuhi arahan kawalan pergerakkan ini, seorang pelajar dari sebuah IPT telah diduga apabila rumah keluarganya hangus terbakar pada petang semalam.

Pelajar yang dikenali sebagai  Fakhruamir ini memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan pulang ke rumah sebelum mendapat perkhabaran yang mengejutkan ini.

Hampir 80% daripada rumahnya hangus terbakar dan mereka sekeluarga tinggal sehelai sepinggang.

Dalam situasi mendesak yang memerlukan kita berkurung dirumah sahaja, ada insan lain yang kehilangan tempat tinggal dan terpaksa menjalani perintah kawalan pergerakaan dalam keadaan terbuka.

Oleh hal yang demikian, remaja tersebut telah menyertakan sekali nombor akaun bank pensyarahnya bagi sesiapa yang berniat meringankan beban mereka sekeluarga.

Sumber : Fakhruamir7

Artikel Berkaitan   “Saya Tertunggu Macam Mana Nak Jumpa Izrail” Mufti Kelantan Dedah Keadaan Apabila Dijangkiti Covid-19