Nota Sedih Ditemui Oleh Isteri Mangsa Bersama Mayatnya, Ucapan Buat Kali Terakhir

Mayat seorang buruh ditemui tergantung di pokok rambutan di belakang rumahnya di sebuah kampung di Kuala Krai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.37 petang, lelaki itu ditemui mati oleh isterinya kira-kira 100 meter dari rumah mereka di kampung itu.

Turut ditemui bersama lelaki berusia 25 tahun itu adalah sekeping nota di dalam poket bajunya.

Nota yang tertulis, “Selamat tinggal sayang, biarlah berakhir begini, abang tidak pernah menyesal ketika bersama sayang, Assalamualaikum. Salam terakhir.” dipercayai ditujukan kepada isterinya berusia 42 tahun.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, sebelum kejadian, lelaki itu sempat mengambil isterinya yang bekerja di hospital berhampiran kira-kira pukul 8 pagi.

Menurutnya, ketika di rumah, berlaku sedikit perbalahan di antara pasangan berkenaan dipercayai kerana lelaki itu cemburu terhadap isterinya.

“Kira-kira pukul 1 petang ketika sedang memasak, isterinya melihat suaminya memegang tali dan keluar dari rumah itu.

“Selepas selesai memasak, wanita itu mencari suaminya di sekitar rumah dan menemui lelaki itu menggantung diri di belakang rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Wan Fauzi berkata, hasil pemeriksaan telah menemui satu nota di dalam poket baju mangsa.

“Mangsa telah dibawa ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat,” katanya. – K! ONLINE

(Visited 4,399 times, 2 visits today)