“Oh Ternyata Lu Beneran Botak Yah. Ya Ampun Lu Tuh Nyadar Aja Dah Kalau Lu Laki-Laki. Emang Laki-Laki Ngaku Aja.”

Tular sejak beberapa hari lepas video Lucinta Luna diserbu salah seorang warganet dekat tempat awam waktu dia tengah spend time dengan boyfriend. Video tu dapat perhatian ramai warganet dekat sana sebab orang tu dengan selamba tarik rambut Lucinta sampai nampak kepala dia yang botak.

Menurut Tribun, dia berada di sebuah kafe dengan teman lelaki dia sebelum tiba-tiba seorang invidividu datang dan terus tarik rambut panjang dia. Lucinta tidak hanya berdiam dan melawan semula dengan membalas balik perbuatan individu itu. Teman lelaki dia dilihat cuba ikut Lucinta sebab nak tolong pasangkan balik rambut palsu Lucinta.

Bila dah nampak rambut dia botak tu, individu yang tarik rambut palsu Lucinta sempat cakap dengan kuat depan orang ramai, “Oh ternyata lu beneran botak yah. Ya ampun lu tuh nyadar aja dah kalau lu laki-laki. Emang laki-laki ngaku aja.”

(Oh rupanya betullah kamu botak ya. Sedarlah diri kalau dah memang kamu tu lelaki. Kalau dah lelaki mengaku saja) Tapi, orang awam yang ada dekat kafe tu langsung tak peduli dengan pertengkaran mereka. Seorang security muncul untuk bantu meleraikan tapi mereka sambung bergaduh dekat luar kafe pula.

 Tapi, menurut Lucinta Luna dia terpaksa botak sebab ada projek sinetron terbaru yang memerlukan dia untuk memotong rambut sebelum ini. Ramai yang kata dia memang terkenal dengan suka timbulkan kontroversi atau sensasi walaupun benda tu memalukan diri sendiri. Ada yang kata video ni lakonan dan dah dirancang so mereka kecam Lucinta sebab buka aib diri sendiri.

“Kenapa buka aib sendiri dekat channel sendiri ye? Tak malu ke berpura-pura, bertengkar depan orang ramai. Asyik buat drama je nak tulae!!! Ini dia dah rancang sendiri nak buat video. ”Tapi admin tengok macam bukan botak je..Macam sarung je sebab ada rambut terkeluar sikit dari sarung tu.

Sumber lobak merah