OKU Wanita Ini Dijumpai [email protected] Tertiarap Dalam Air, Beliau Buka Pintu Rumah Sendiri

Seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) mental ditemui mati lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam Sungai Fikri, Penarik dekat sini hari ini.

Mayat Tee Ann May, 31, ditemui tertiarap di alur Sungai Fikri oleh bapanya, Tee Lee Teck, 66, tidak jauh daripada rumahnya di Kampung Fikri, Penarik dekat sini pada pukul 7.45 pagi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, Ann May yang merupakan OKU mental sejak lahir dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu secara berkala disedari hilang dari rumah oleh ahli keluarganya pada pukul 10.30 malam semalam.

“Mangsa dipercayai keluar dari kediaman keluarganya dengan membuka sendiri pintu rumah dengan menggunakan kunci yang diletakkan di tempat mudah dicapai.

“Ahli keluarga mangsa termasuk bapa telah mencari mangsa di sekeliling rumah sebelum menjumpai mayat wanita itu yang lengkap berpakaian di alur Sungai Fikri pada pukul 7.45 pagi,” katanya kepada Kosmo! Online di sini hari ini.

Zulkifli berkata, penemuan mayat Ann May kemudiannya telah dimaklumkan oleh Lee Teck di Balai Polis Penarik dekat sini tidak lama kemudian. – K! ONLINE

Artikel Berkaitan   “Memang Arwah Pada Hari Itu Lebih Banyak Menyendiri Dan Diam” Rakan Dedah Tanda-Tanda Mangsa Nahas Jejambat Akan “Pergi”