“Omg.. Banyaknya Ada 25,000 Biji Pil Ekstas”Pasangan Suami Isteri Ini Terkejut Order Baju Dapat Dadah

LINZ, Austria – Sepasang suami isteri pertengahan usia terkejut selepas menerima sebuah kotak yang disangka mengandungi pakaian tetapi dipenuhi 25,000 biji pil ekstasi, lapor akhbar Daily Mail baru-baru ini.

Pasangan tersebut yang membeli pakaian daripada peruncit online dari Belanda, menerima bungkusan itu ketika menikmati sarapan pagi di kediaman mereka di Linz baru-baru ini.

Mereka menyedari salah satu kotak tersebut agak berat dan selepas dibuka, ia didapati mengandungi beribu-ribu pil berwarna ungu.

“Sarapan pagi santai itu berakhir serta-merta. Apa yang menakutkan pasangan itu, walaupun salah satu daripada bungkusan itu mengandungi dua dres, kotak kedua berisi 24,800 pil ekstasi bernilai kira-kira €500,000 (RM2.2 juta),” kata polis Austria.

Wanita Austria berumur 58 tahun yang namanya tidak didedahkan itu pada mulanya menyangka dadah itu adalah batu perhiasan.

Bagaimanapun, selepas diperiksa, suaminya, 59, menyedari pil tersebut mungkin dadah. Mereka memulangkan bungkusan itu kepada pejabat pos tempatan.

Jabatan Narkotik Polis Bandar Linz dimaklumkan mengenai bungkusan itu, dengan mereka mendapati lokasi kiriman bungkusan itu ialah di Scotland. Jarak antara Austria dan Scotland ialah 2,102 kilometer.

Polis Scotland kini sedang menyiasat insiden tersebut.– Agensi

Artikel Berkaitan   "Tak Menjadikan Saya Orang Lain Pun, Saya Masih Sama” Tukar Nama Dari Pencetus Umah Kepada Nama Personal, PU Riz Dedah Niat Sebenar