“Orang Dah Cakap Berenti Kau Tak Nak Dengar, Sekarang Dah Berlanggar, Siapa Nak Bertanggungjawab Ni?”

KLANG – Tindakan seorang pemandu lori simen yang dipercayai terburu-buru memasuki kawasan tapak pembinaan di Kilometer 2, Pelabuhan Utara di sini membawa padah selepas dirempuh lokomotif.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 2.08 petang tadi, pemandu itu dikatakan mengabaikan arahan melintas laluan kereta api meskipun sudah diarahkan berhenti oleh penjaga stesen berkenaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kemalangan itu menyebabkan lori terbalik dan muatan simen tumpah.

“Bagaimanapun pemandu lori simen berusia 43 tahun itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami kecederaan.

“Lokomotif itu mengalami rosak di bahagian enjin hadapan dan tiada kecederaan pada pemandunya berusia 58 tahun itu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Shamsul Amar berkata, kes disiasat oleh pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengikut Akta Keretapi 1991.

Terdahulu, satu video berdurasi 18 saat tular di media sosial memaparkan kejadian terbabit. – Sinar Harian

Artikel Berkaitan   Hebat Pak Cik Ini, Tak Belajar Engineer Tapi Boleh Cipta Kipas Guna Suis Rice Cooker, Siap Ada “Cook” “Warm” Lagi.. Haha