Orang Ramai Report, Polis Temui Wanita Kemurungan, Anak Terbiar Tak Berpakaian Tepi Jalan

KUALA LUMPUR, 13 April ― Seorang wanita dipercayai mengalami kemurungan ditemui terbiar di tepi jalan bersama anaknya di Jalan Kota Putri di Masai, Johor, Sabtu lalu.

Polis Daerah Seri Alam dalam hantaran di Facebook berkata wanita dan kanak-kanak tidak berbaju itu ditemui anggota Unit Ronda Bermotosikal (URB) berjalan tanpa hala tuju selepas menerima aduan orang awam.

“Walaupun kita berada di dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak PDRM menasihati masyarakat agar sentiasa menjaga keluarga masing-masing dan tidak mengabaikan ahli keluarga yang sakit dan bermasalah.

POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADASeri Alam, 11 April 2020 – Kelihatan anggota URB sedang memberi makanan kepada anak…

Posted by Polis Daerah Seri Alam on Sabtu, 11 April 2020

“Sayangilah diri dan keluarga,” catat Polis Daerah Seri Alam.

Hantaran itu turut memuat naik beberapa foto anggota URB memberi makanan kepada dua beranak itu sebelum menyerahkan kepada ahli keluarga mereka.

Mendapat respons hampir 4,000 pengguna, rata-ratanya di ruangan komen memuji usaha anggota polis membantu nasib wanita malang itu.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   “Eh, Nak Melayu Je Yang Bantu!” – Pemuda Cina Kesal Dihalau Dari Tolong Mangsa Kemalangan