“Orang Suruh Kau Jaga Rakyat, Kau Kumpul Harta Pula” Datuk Bandar Akhirnya Kantoi Simpan 3.5 Tan Jongkong Emas

BEIJING – Seorang bekas Datuk Bandar, Zhang Qi disiasat Suruhanjaya Pengawasan Kebangsaan selepas 13.5 tan jongkong emas bernilai kira-kira AS$500 juta (RM2 bilion) dan wang tunai AS$37 juta (RM155.1 juta) ditemui polis di bilik bawah tanah rumahnya di Bandar Haikou, Pulau Hainan baru-baru ini, lapor akhbar Daily Star.

Pihak berkuasa juga mendapati bekas Datuk Bandar yang me­rupakan pegawai kanan Parti Komunis itu turut memiliki pelbagai hartanah mewah di China.

Di negara berkenaan, pegawai kerajaan yang didapati bersalah melakukan jenayah ekonomi berdepan dengan hukuman mati.

Klip video yang dirakam pihak berkuasa di kediaman Qi menunjukkan anggota-anggota penyiasat memeriksa timbunan jongkong emas tersebut.

Sebahagian jongkong emas itu ditemui bertimbun di atas lantai, manakala sebilangan lagi di­sembunyikan di dalam beg di atas rak logam.

Wang tunai dalam bentuk mata wang asing seperti dolar, yuan dan euro turut ditemui di kediaman tersebut. – Agensi

Artikel Berkaitan   Kongsi Perjalanan Semasa Hamil Hingga Sarat Mengandung, Ramai Cemburu Zahirah Macwilson Dapat Suami Romantik Aiman Hakim