“Oyen” Selamba Masuk Rumah Lelaki Ini, Lepas Tu Terus Buat Macam Rumah Sendiri Buat Netizen Terhibur

Mesti pernah di antara kita yang mengalami situasi dimana kucing tidak dikenali datang ke rumah secara tiba-tiba. Bertambah stress apabila ia datang ketika kita sedang menjamu selera. Namun jangan dihalau haiwan berkenaan kerana ia dikatakan pembawa rezeki.

Baru-baru ini, tular sebuah Tweet dimana terdapat seekor kucing yang berwarna oren datang ke rumah pemilik akaun ini iaitu @MustaqimJiwa. Menerusi posting berkenaan, dia berkata “Ada kucing sesat masuk rumah. Relax je buat macam rumah sendiri”.

Manakan tidak, kucing oyen yang gebu itu kelihatan sedang bersantai dengan selambanya di rumah berkenaan. Lebih melucukan apabila haiwan itu juga berkelakuan seolah-olah berada di rumah sendiri.

Menerusi di Tweet berkenaan, pemuda terbabit menjelaskan bahawa dirinya telah pun meletakkan iklan berkaitan dengan kucing oyen tersebut sekiranya tuan haiwan itu sedang mencari binatang kesayangannya. Namun begitu, kucing itu dikatakan telah mendiami rumah lelaki tersebut selama dua hari berturut-turut.

Ternyata, posting tersebut telah mendapat perhatian ramai terutamanya warga netizen yang rata-ratanya terhibur melihat video berkenaan.

Posting tersebut telah mendapat sebanyak 2610 ribu ulang kicau dan komen berserta 5164 tanda suka di laman Twitter pemuda berkenaan.

“Selalunya miaw ni dia akan lepak rumah orang yang…”

“Sama la macam kita haritu…”

“Mungkin tak cukup kasih sayang…”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Tahniah Bro, Korang Memang Manusia Contoh” Terkejut Kucing Terkapai-Kapai Kelemasan Minta Tolong, Pemuda Ini “Mengundang” Kucing Ke Kapalnya