Pakai uniform curi tabung masjid, abang tentera buat penduduk ‘naik tangan’

Akibat hidup dalam kesusahan, segelintir individu memilih untuk mendapatkan wang dengan jalan pintas. Walaupun menggunakan cara yang salah, namun tindakan itu terpaksa juga dilakukan.

Begitu juga dengan satu kes kecurian tabung wakaf yang terjadi di Masjid Nurul, Kota Palembang Indonesia ini. Malangnya, pencuri berkenaan telah dicekup oleh penduduk sekitarnya.

Sangat mengejutkan!
Lebih menarik perhatian dan mengejutkan adalah pencuri berkenaan merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) lengkap beruniform yang dikenali sebagai Kopda H.

Masih aktif bertugas..
Pada mulanya, penduduk mula curiga sekiranya dia hanya orang biasa yang menyamar sebagai tentera TNI. Oleh itu, pihak polis melakukan semakan identiti pencuri tersebut. Malang sekali, lelaki berkenaan sememangnya anggota TNI yang sedang aktif bertugas.

Dimarahi warga penduduk!
Walaupun Kopda telah banyak kali memohon maaf namun penduduk tetap berang dengan perbuatannya yang mencuri tabung masjid. Mereka bertindak memalukan Kopda di hadapan orang ramai dengan mengikat tangan lelaki terbabit.

Sebagai anggota pakaian seragam, sepatutnya dia tidak wajar melakukan hal terbabit. Ini membuatkan orang ramai memandang rendah reputasi dan kredibiliti pihak berkuasa.

(Visited 283 times, 1 visits today)