Kalau bercinta, hampir sepenuh masa dan tumpuan diberikan kepada pasangan. Pantang kekasih kurang sihat, mulalah risau malah sanggup ‘travel’ jauh berjumpa si dia untuk membantu apa yang perlu.
Situasi seperti itu dilakukan oleh seorang gadis yang dikenali sebagai Teah ini apabila teman lelakinya mengadu kurang sihat sehingga dia sanggup menunggang motosikal dari Shah Alam ke Kuala Lumpur bagi melakukan ‘kejutan’.
@mummyteah_Beria seorang perempuan yg akhirnya menyakitkan diri sendiri 💔 #bacacomment #fy #fyp #fypgakni #pubgmalaysia #viral #beria #ldr #takdihargai #kecewa
Bagaimanapun, dia menyifatkan usahanya adalah sia-sia apabila teman lelakinya itu dilihat seperti ‘malas melayan’ meskipun gadis berkenaan sesat ketika dalam perjalanan dan hampir terbabit dengan kemalangan.
“Beria seorang perempuan yang akhirnya menyakitkan diri sendiri,” tulis Teah menerusi satu posting video di aplikasi TikTok.
Bercerita lanjut, Teah berkata dia telah membelikan bubur untuk lelaki tersebut sekali gus ingin bertemu setelah lama menjalin hubungan jarak jauh.
“Dia kata dia tak sihat. Jadi Teah nak buat kejutan datang bawakan bubur. Harap dapat gembirakan dia. Waktu ni dah petang tau tapi sebab nekad nak jumpa buat kali pertama,” katanya.
Menurut Teah, dia turut mengajak seorang adik angkatnya bagi membantu mencari lokasi rumah lelaki terbabit namun pulang semula dengan hampa.
“Sanggup minta adik angkat temankan untuk tengok jalan guna Waze. Orang sanggup pergi jejauh naik motor, redah hujan panas. Beberapa kali hampir nak kemalangan dengan sesat lebih 10 kali.
“Harap sangat dihargai la usaha orang ni, tapi bila orang cakap sesat kat kawasan rumah dia.. ingatkan dia nak datang ambik ke risau ke, tapi semua tu takde.
“Dengan minyak motor nak habis. Semua tanggung sendiri. Niat nak gembirakan dia sampai lupa fikir diri sendiri. Pergi dengan kegembiraan, balik dengan kekecewaan,” luahnya.
Video tersebut menerima 274,000 tontonan dan ratusan komen pengguna TikTok yang meluahkan rasa kasihan dan simpati terhadap nasib Teah.
Malah, ada juga individu berkongsi mengenai pengalaman masing-masing setelah berdepan situasi ‘beria’ atau ‘syok sendiri’ tanpa dihargai oleh seseorang.
“Cari lelaki yang sayangkan kita..” – Teah
Sedihnya.. aku pernah macam ni
Dah ‘last’ minit baru hantar location? Apalah!
Dah tak payah beria, biar dia tunjuk usaha dulu
Sumber: TikTok @mummyteah_