“Pandai buat pandai tanggung sendiri” – Lelaki Kenduri Kepala Kambing Mengaku Salah Hina PDRM

Baru-baru ni viral di media sosial seorang lelaki merakam satu video dimana mereka sedang mengadakan ‘kenduri kepala kambing’ sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Terkini, Mohd Naim Md Isa, 49 seorang tukang rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas tuduhan menghina PDRM di whatsapp pada Khamis lalu, lapor Berita Harian.

Sumber: Berita Harian

Dia mengaku atas pertuduhan tu selepas pertuduhan dibacakan terhadapanya di hadapan hakim.

Mengikut kertas pertuduhan, dia telah mengeluarkan kata-kata yang tak baik dengan niat mempertikaikan PKP yang telah berkuatkuasa akibat Covid-19.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan kampung di Langgar pada 19 Mac lalu.

Sebelum ini, penganjur majlis kenduri itu yang berusia 60 tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Hakim Juraidah Abas membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM 6,000 dan menetapkan kes ini semula pada 11 Mei berikutan masih perlu mendapat laporan forensik dan dan fakta kes.

Artikel Berkaitan   “Saya Berkemungkinan HamiI Lagi & Perlu Banyak Berehat” – Fasha Sandha Sedia Umum HamiI Lagi?