Panduan Menanam Dan Penjagaan Pokok Tin – Khasiat Pokok Tin

PERINGKAT PERTAMA

Peringkat benih baru secara tut atau air layering. Rujuk gambar di bawah.

Penyediaan Tanah

1. Tanah Top Soil (Tanah merah) 70%


1. Tanah peatmos 15%(Tanah Hitam)

1. Sekam padi 15% (Jika tiada sekam padi boleh guna pasir sungai). Jika ada kedua-dua pun boleh campur)

P/s : Medium tanah amat penting bagi pokok tin. Medium tanah yang baik ialah medium tidak terlampau lembab dan air tidak bertakung bila di siram(porous). Jika air bertakung dan lock boleh menyebabkan akar busuk dan rosak boleh menyebabkan anak pokok tin mudah mati. Sukar pokok tin mati jika kekurangan air.Pokok tin mudah mati jika banyak air atau di selalu di siram terutamanya peringkat baru. Jika pokok layu di sebabkan kekurangan air bila di siram pokok dapat di pulihkan dengan segera. Jika pokok layu di sebabkan banyak air sukar untuk di pulihkan.

Penyediaan Pasu atau Polybeg.

Pilihan yang baik ialah pasu berbanding polybag kerana saluran air di bawah pasu lancar.Jika anda menggunakan polybag sila pastikan anda potong bahagian kiri dan kanan pada bawah polybag supaya air dapat keluar dengan lancar. Rujuk gambar di bawah.

Penyediaan anak benih sebelum pindah ke pasu/polybeg.

· Pastikan anda buang plastik dengan berhati-hati supaya akar tidak rosak dan tanah tidak terburai.

· Sila rendam anak benih di dalam air campuran B1/Pengalak akar/Pencegahan anti-Kulat (Anda boleh beli di mana-mana kedai pertanian) anggaran di dalam 30 minit untuk mengelakkan batang pokok daripada kulat dan mengalakkan akar keluar dengan cepat.

· Sila sapu lilin atau cat untuk pokok pada benih jika ada yang di potong pada bahagian atas untuk mengelakkan batang masuk angin atau cepat mereput.

P PERINGKAT KEDUA

Proses pemindahan anak benih ke pasu/polybag

Sila pastikan semasa proses pemindahan anak benih ke pasu atau polybag tanah pada benih tidak terburai dan akar tidak rosak. Selepas pemindahan di buat sila siram air campuran pengalak akar/B1 ke dalam pasu atau polybag sebanyak mungkin dan lihat jika aliran air keluar dengan lancar ia menunjukkan medium tanah baik(porous). Jika air lambat keluar ini kemungkinan medium tanah terlampau ketat atau tidak porous boleh menyebabkan anak benih mudah mati.

Selepas itu sila letak di kawasan yang redup, cahaya matahari tidak terlampau panas dan elak daripada terkena air hujan yang berterusan. Pada peringkat ini anak benih masih manja dan lemah.
P/S: Pada peringkat ini sila pastikan anda siram bila diperlukan sahaja.(Di cadangkan seminggu sekali bergantung juga pada cuaca)


Peringkat Proses Penyesuaian (HARDENING)

Selepas beberapa minggu peringkat penyesuaian anak benih kepada cuaca yang panas secara berperingkat. Semasa peringkat ini keadaan pokok telah mengeluarkan tunas dan daun.


Peringkat Pembajaan

Sila gunakan baca cecair seeloknya untuk mengelakan akar pokok rosak dan mati serta daun boleh terbakar kerana kepanasan jika menggunakan baja biji. Jika anda menggunakan baja biji sila gunakan pada sukatan yang sedikit sahaja. Pembajaan di cadangkan di buat pada setiang seminggu sekali. Kekerapan pembajaan amat di galakkan untuk mempercepatkan proses pembesaran pokok.

Penyiraman
Kekerapan siraman pokok bergantung kepada cuaca yang panas terik atau musim hujan

Sumber: Pokoktinmalaysia.blogspot

Antara Khasiat Daun pokok Tin atau Daun Fig ialah :-

Mengawal tekanan darah tinggi & jantung
Mengandung serat tinggi
Mengurangi sesak nafas
Mengawal kadar gula dalam darah
Sebagai pelancar membuang hajat besar
Tidak mengandung garam, lemak, & kolestrol
Mengandung kalium, serat, & zat besi tinggi
Mencegah cancer dan usus besar
Mengandung anti oksida
Memperlambatkan proses penyerapan glukosa di usus kecil
Membersihkan hati & limpa
Mengatasi masalah berat badan
Terapi diabetes.
Antara kandungan di dalam daun pokok Tin ini ialah :-
Carbohydrates
Flavonoid
Glycosides
Cumarines
Fix Oils
Proteins
Amino Acids
Steroids Sterols
Triterpenoids

Cara Memilih dan membuat Teh Daun pokok Tin :-

Petik daun pokok tin atau Fig yang berumur sedang. Di sarankan memilih kedudukan daun yang kelima dari pucuk tunas pokok tin.Pastikan buang batang pada daun pokok tin kerana batang daun ini mempunyai getah.

Kemudian daun pokok tin di cuci dan rebus sehingga mendidih.
Rebusan daun pokok tin diminum 2 kali sehari iaitu pada waktu pagi dan malam.