KOBIS BULAT (Brassica oleracea L.) merupakan tanaman sayuran yang selalunya akan ditanam sama ada semusim atau dua musim terutama dikawasan tanah tinggi yang cucacanya sejuk seperti di Cameroon Highland, Pahang, Lojing, di Kelantan, Kinta Highland, di Perak dan juga Kundasang, di Sabah. Sekitar 900 hektar kobis ditanam setiap tahun di kawasan tanah tinggi di Semenanjung Malaysia dan 200 hektar di Kundasang. Pengeluaran kobis bulat tempatan dari kawasan tanah tinggi di Malaysia sekitar 80,000 – 120,000 metrik tan setahun manakala sekitar 60,000 mertik tan lagi kobis bulat adalah diimport untuk tujuan mengawal harga dan mengatasi kekurangan bekalan kobis bulat tempatan. Negara yang membekalkan kobis bulat ini adalah kebanyakkannya daripada China dan ada sedikit daripada Indonesia. Bagaimana pun tanaman kobis tanah rendah amat kurang dijalankan di Malaysia kecuali ada juga dibeberapa tempat di Kelantan (Sumber: Laporan Statistik Tanaman, Jabatan Pertanian Malaysia 2015). Penanaman kobis tanah rendah dan tomato tanah rendah dilaporkan pernah dijalankan sekitar tahun 1970-1980’an dibeberapa negeri seperti di Johor, Selangor dan Kelantan dengan aktif. Bagaimana pun disebabkan beberapa faktur seperti kes-kes serangan perosak dan penyakit selain daripada kekurangan varieti baru yang rintang menyebabkan tanaman ini maka ia kurang atau tidak ditanam lagi. Kobis Bulat yang diimport dari apa yang penulis blog siasat setakat ini jauh lebih murah daripada kobis tempatan yang dihasilkan dalam negara. Harga runcit kobis bulat import dipasaraya sekitar RM2.50 – RM3.00 sekilogram manakala harga kobis bulat tempatan diantara RM3.00 – RM4.50 sekilogram. Bila kita ingin mula berbincang berkaitan dengan ‘Kedaulatan Makanan’ maka memang wajar untuk membincangkan kemungkinan untuk menanam kobis bulat tanah rendah sebagai salah satu alternatif mengeluarkan kobis bulat tempatan. Penanaman kobis jenis Brokoli dan Flokoli memang pernah dijalankan dengan aktif dikawasan tanah rendah. Kobis Bulat adalah dalam kategori ‘Sayur Bunga’ dimana ia mempunyai bentuk daunnya yang bulat telur sampai lonjong dan lebar seperti kipas. Sistem perakaran tanaman kobis didapati memang agak dangkal dimana selalunya akar tunjang akan segera bercabang dan memiliki banyak akar serabut. Analisa makmal mendapati sayuran kobis mengandungi khasiat protein, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin B1, Vitamin B2 dan Niacin. Kandungan protein pada kobis bulat berwarna putih lebih rendah dibandingkan kobis bunga namun kandungan Vitamin A-nya lebih tinggi. Dibeberapa negara jiran kita seperti di Indonesia penulis dapati lazimnya kobis bulat ini dapat tumbuh dengan baik dan ditanam pada dataran tanah rendah sampai dataran tanah tinggi. Bagaimana pun di Malaysia penanaman kobis bulat di kawasan tanah tinggi sudah hampir mencapai had maksima dan kawasan baru tambahan sukar diperolehi. Memang amat wajar difikirkan bagaimana hendak menanam kobis bulat dikawasan tanah rendah yang berkualiti dan menguntungkan petani. Artikel pada malam Ahad ini saya menulis lagi dalam “Anim Agro Technology” mengenai usaha menanam kobis bulat di tanah rendah untuk dijadikan bahan rujukkan.
Kobis yang ditanam ditanah atau dataran rendah kobis merupakan salah satu tanaman sayuran yang memiliki potensi untuk petani mengusahakan kerana ia memberi peluang menghasilkan kobis bulat yang boleh dijual sebagai keperluan domestik dan tanaman gantian import. Tanaman kobis bulat ditanah rendah memerlukan varieti khusus yang ia sesuai untuk ianya mampu menghasilkan bunga kobis bulat yang berkualiti. Pertumbuhan optimum tanaman kobis amat baik pada jenis tanah yang banyak mengandung humus, gembur, berongga, pH tanah antara 6.0 -7.0. Apa yang baik mengenai tanaman kobis bulat yang ditanam ditanah rendah atau tanah tinggi adalah kerana ia akan dapat ditanam pada sepanjang tahun dengan amalan agronomi yang lebih intensif. Apa yang penting adalah benih sesuai. Semaian biji kobis daripada varieti dipilih untuk tanah rendah dibuat dalam nurseri dalam dulang semaian (tray). Media semaian yang sesuai digunakan adalah dengan menggunakan media seperti bahan tanaman cocoapeat atau menyediakan tanah campuran iaitu tanah halus dan baja organik dengan kadar perbandingan 2 :1. Setelah biiji benih yang disemai berumur sekitar 4 minggu atau telah mempunyai sebanyak 4 – 6 helai daun maka ia sudah sedia untuk diubah kekebun. Kerja-kerja penyediaan tanah dilakukan sebelum menanam dengan membajak atau rotor sedalam sekitar 30 cm dan kemudian dibiarkan selama seminggu agar terkena sinaran matahari yang cukup. Kemudian ia sebaiknya buat batas penanaman jika ia berada dikawasan yang mudah kena airdan dibubuh baja asas organik. Penanaman kobis dilakukan dengan memmasukkan anakbenih kobis tersebut kedalam lubang tanaman se hingga diparas leher akar. Digalakkan agar jaraj tanaman yang disyorkan adalah sekitar 50cm x 50 cm. Kawasan yang ditanam agak jauh menyebabkan ruang untuk rumpai tumbuh yang akan mengganggu pertumbuhan tanaman kobis ditanah rendah.
Selepas menanam perlu dilakukan kerja-kerja menyulam pokok dimana ia memang perlu dilakukan jika terdapat anakbenih yang mati atau lambat masa pertumbuhannya. Kerja menyulam perlu dihentikan setelah anakbenih kobis ini berumur 15 hari setelah diubah keladang ( transplanting). anakbenih yang ada mestikan sihat dan mencukupi syarat untuk diubah keladang. Menyulam benih kobis dengan ambil anakbenih semaian pada umur yang sama. Pembajaan tanaman kobis dengan kadar yang disyorkan iaitu 150 kg Nitrojan sehektar atau setara dengan 334 kg Urea/Ha, Baja Posforan 104 kg TSP/Ha, Baja Kaliam dengan kadar 100 kg K/Ha setara dengan baja 182 kg KCl/Ha. Jika jarak tanam 50 x50 cm maka keperluan baja sepokok adalah seperti Urea (8 gram sepokok), TSP (3 gm sepokok) dan baja KCl (5 gm sepokok). Keperluan baja organik yang disyorkan adalah 5 – 7 mt/ha. Mada pemberian baja organok yang sesuai adalah seasa penyediaan tanah sementara pemberian baja Urea (50% sahaja), TSP dan KCL adalah 2 mingu selrpas menanam. Pemberian baja urea kali kedia dilakukan 2 minggu setelah pembajaan pertama yang mana baja urea ini dibubuh pada alur yang mengelilingi tanaman dengan jarak 5 – 7 cm dari tanaman. Menyiram perlu juga dilakukan tiap hari atau sesuai keadaan cuaca disekeliling tanaman.Jika cuaca panas maka tanaman perlu disiram setiap pagi dan petang sementara jika hujan tanaman tidak perlu disiram. Kerja mengawal rumpai dijalankan semasa aktiviti membaja dilakukan bergantung kepada keadaan rumpai dikawasan penanaman kobis bulat. Kawalan musuh dan perosak tanaman kobis bulat tanah rendah adalah perkara yang penting untuk dibincangkan kerana ia mudah berlaku. Amalan Kawalan Perosak Bersepadu atau Intergrated Pest Management (IPM) bagi tanaman kobis bulat perlu dijalankan untuk mendapatkan penghasilan yang baik. Antara perosak yang penting seperti Ulat daun kobis, Ulat Bunga kobis, penyakit Bengkak akar, Penyakit Busuk Hitam, Penyakit Bintik Daun, Penyakit Embun tepung. Pengawalan perlu dilakukan dengan betul daripada peringkat awal penanaman terhadap perosak yang menyerang. Antara kaedah yang disyorkan adalah apabila terdapat serangan bengkak akar pada tanaman muda maka tanaman segera dicabut dan dimusnahkan. Kalau terpaksa menggunakan racun kimia sebaiknya menggunakan jenis pesticide yang mudah terurai seperti racun kimia biologi, pesticide organik atau pestiside piretroid sintetik. Penggunaan pesticide tersebut harus dilakukan dengan betul agar ia berkesan dan tidak membahayakan pengguna.
Pada masa sekarang penanaman kobis bulat tanah rendah memang amat kurang ditanam di Malaysia bagaimana pun dinegara jiran Indonesia ianya berjaya dilakukan dengan baik. Disana tanaman kobis atau dipanggil sebagai ‘kol’ ditanam dengan baik walau pun ada kalanya dari laporan media ia menghasilkan kualiti kobis yang tergolong sebagai kualiti yang agak rendah. Perkara ini disebabkan diantaranya dimana tanah yang ditanam sudah tidak subur, pengurusan tanaman kurang sistematik, serangan perosak dan penyakit serta amalan agronomi tanaman yang kurang memuaskan. Penulis cuba menjelaskan bagaimana cara amalan agronomi yang sebaiknya dijalankan untuk tanaman kobis bulat tanah rendah berdasarkan kepada rencana yang dilaporkan dari Kantor Pertanian mereka hasil dari lawatan penulis disana. Ia merangkumi aktiviti persediaan sebelum menanam, Fasa Menanam, Fasa Pembentukkan Bunga dan Fasa Menuai. Bagi Fasa pertama iaitu Fase Pra Menanam, sebaiknya pilih kawasan sesuai sama ada untuk tanah tinggi dan tanah rendah walau pun diketahui tanaman kobis buoat amaat baik ditanam dikawasan tanah tinggi melebihi 800 meter dari paras laut. Tanaman kobis bulat sesuai ditanam sepanjang tahun. Kawasan yang ada cukup hujan dengan suhu 15 – 20 darjah celcius adalah paling ideal untuk pertumbuhan. Jenis tanah yang gembur, bertekstur halus dan kadar keasdan tanah Ph 6.0 – pH6.5 amat sesuai dipilih. Kawasan tanaman perlu bebas dari rumpai yang boleh menjadi perumah kepada perosak tanaman kobis. Tanaman kobis perlu dilakukan secara Tanaman Bergilir untuk elakkan serangan penyakit dan musuh tanaman. Bagi musim panas atau kemarau adalah digalakkan menggunakan banyak baja organik untuk kadar serapan air terbaik. Fasa Pembentukan Bunga (50 – 90 hari) merupakan fasa paling kritikal dalam penanaman kobis bulat. Ini kerana peringkat ini yang akan menentukan sama ada tanaman berjaya menghasilkan bunga yang boleh dimasilkan berkualiti. Serangan perosak seperti Ulat Makan Daun Kobis (Plutella xylostella) serta ulat Bunga Kobis (C. binotalis) perlu dikawal dengan serius. Ia sering beraku dalam musim panas dan musim kemarau. Biasanya kobis akan dituai dalam masa umur 81- 105 hari selepas tanam. Tanda-tanda kobis sedia untuk dituai adalah dimana dibahagian tepi bunga kobis dibahagian atasdilihat telah melengkung ke luar serta berwarna agak ungu dimana bunga ini telah padat. Semasa memetik bunga kobis bulat sebaiknya meninggalkan dua helai daun hijau membuat perlindungan bunag tersebut semasa kendalian lepas tuai. Selepas dituai sebaiknya dikendalikan dengan baik agar daun bunga kobis tidak cedera atau luka kerana ia boleh menyebabkan serangan penyakit Busuk Lembut (Erwinia carotovora) atau serangan oleh jenis Penyakit Busuk Hitam (Xanthomonas camprestris) dan sebaiknya daun-daun kobis yang terkena serangan ini mesti dibuang. Potensi dalam penanaman kobis bulat tanah rendah di negara ini masih perlu dilakukan kajian lanjut menggunakan benih sesuai, amalan agronomi terbaik dan sokongan teknikal yang kukuh – http://animhosnan.blogspot.com/
TIPS TANAM : KOBIS BULAT TANAH RENDAH
Langkah 1 :
Dapatkan benih kobis jenis semua musim/ tanah rendah.
Langkah 2 :
Cambahkan biji benih
Sediakan satu tray atau apa-apa bekas sesuai dan letakkan tanah. Masukkan biji benih dan tekan ke dalam sikit sahaja dengan lembut. Anda juga boleh tabur terus di atas tanah. Letak tempat teduh.
Langkah 3 :
Penyediaan semaian.Gunakan tanah yang kaya dengan kandungan nutrien organik. Tekstur tanah harus dalam keadaan yang gembur Anda juga boleh mnggunakan coco peat/ sabut kelapa hancur. Anda juga boleh menggunakan tanah organik yang di beli di nursery atau top soil
Langkah 4 :
Pindahkan anak semaian, Biarkan biji benih bercambah sekurang-kurangnya 4 helai daun pucuk dalam tempoh 2 minggu barulah anda pindahkan ke pasu atau bekas yang lebih besar . Guna kan tanah organik ataupun tanah campuran 2:1:1 2topsoil, 1 kompos,1 pasir. Dapat kan di nursery.
Langkah 5
Menanam ,Jangan dedahkan anak pokok yang baru di pindahkan pada matahari secara langsung selama 4 ke 7hari . Siram secukupnya. Selepas seminggu baru perlahan lahan dedahkan pada cahaya matahari terus. Seperti letak di tepi rumah.
Langkah 6
Menyiram, pastikan siraman mengcukupi dan jangan biarkan air bertakung dalam bekas atau pasu. Cukup sekadar dengan membiarkan tanah lembap.
Langkah 7
Pembajaan gunakan baja organik atau subur untuk tumbesaran yang sehat.
Langkah 8
Penuaian,Tanaman kobis boleh dituai 2 ke 3 bulan.
Kredit: Mohd Shaifful
Semoga bermanfaat, jangan lupa share ya…
Cara Tanam Kobis Dalam Pasu
Kobis (Brassica oleraceae var capitata) adalah sejenis tanaman daripada famili Brassicaceae yang sangat popular ditanam di Cameron Highlands. Terdapat tiga jenis kubis dalam negara, iaitu kubis bulat, kubis panjang dan kubis bunga. Antaranya, kubis bulat merupakan sayuran yang popular sekali dengan penggunaan mendekati 200,000 tan pada tahun 2007 yang mana 68% daripadanya terdiri kegunaan rumahtangga. Kobis adalah sangat sesuai di tanam di kawasan beriklim sederhana,namun begitu terdapat juga varieti kubis yang boleh ditanam di tanah rendah yang lebih tinggi suhunya iaitu KK cross, U.S.Tropical,Ei Yu dan Autumn Queen.
Siapa kata dibandar tidak boleh menanam? Pada masa kini, pelbagai kaedah yang boleh dipraktikkan untuk penduduk Bandar bertani di kawasan rumah mereka. Cara yang paling praktikal ialah menanam didalam pasu tanaman, polibeg atau bekas-bekas yang sesuai. Cara ini cukup sesuai bagi mereka yang kurang ruang dan laman sempit terutamanya kawasan perumahan. Paling penting keinginan dan kesungguhan untuk membekalkan sendiri sumber vitamin dan mineral dalam makanan sehari-hari terutamanya daripada sayur-sayuran.
Menyemai
semai terlebih dahulu benih bunga kobis dalam cawan plastik terlebih dahulu. Gunakan tanah pasu (potting soil) untuk tujuan penyemaian. Ambil cawan plastik yang bersih, masukkan tanah pasu ke dalamnya. Semai benih kobis dengan menabur di atas permukaan dan siram dengan air. Simpan cawan plastik anda di tempat kawasan teduh tetapi masih terkena haba matahari. Jika anda malas menyemai, anda boleh secara terus tabur benih kobis dalam pasu yang anda gunakan. Tabur 2 hingga 5 benih kobis pada 1 pasu tanaman. Selepas sudah tumbuh anak pokok,boleh lakukan penjarangan untuk tumbesaran sempurna.
Menyediakan tanah campuran
Anda boleh membuat tanah pasu sendiri di rumah jika anda mempunyai bahan yang cukup iaitu 2 bahagian peat moss atau cocopeat, 1 bahagian vermiculite atau pasir kasar/halus, dan 1 bahagian kompos. Gaul hingga sebati dan selesai. Anda juga boleh menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 iaitu 2 bahagian tanah lom, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Gaul media tersebut dan selesai. Anda juga boleh menggunakan tanah biasa di laman anda dengan syarat tambah kompos dengan kuantiti yang banyak dan sedikit pasir sungai
Mengalih anak pokok kobis pada pasu tanaman.
Apabila benih anda bercambah dan berusia kira-kira 2 minggu. Anda boleh mengalihkan anak pokok kobis tersebut pada pasu . Siram anak benih kobis terlebih dahulu. Buat lubang ditengah polibag anda kira-kira 2 inci atau 3 inci. Cabut anak pokok kobis dan tanam di dalam lubang tersebut dan timbus semula dengan tanah. siram air secukupnya dan letakkan pasu ditempat teduh selama 1 minggu. Dalam tempoh peralihan pastikan anak pokok kobis tidak terkena sinaran matahari terik serta media sentiasa lembab agar akar baharu cepat keluar. Selepas 1 minggu alihkan pasu ke tempat terkena cahaya matahari selama 6 jam secara berperingkat-peringkat bermula dengan satu jam.
Pembajaan
Pemberian baja boleh dilakukan selepas 3 minggu anak pokok kobis dialihkan kedalam pasu. Menggunakan baja NPK organik dengan 1 sudu makan di sekeliling pokok kobis . Anda juga boleh menaburkan serbuk telur ayam yang diblender dan kulit pisang yang dipotong kecil-kecil. Selain itu juga boleh menyiram dengan larutan serum EM1, baja cecair ikan dan kompos teh secara berselang seli.
Menuai hasil
Kubis mengambil masa lebih kurang dua hingga tiga bulan sebelum boleh dituai hasilnya. Gunakan pisau tajam untuk memotong di pangkalnya.
selamat menanam – Myagri.my