Parah dit3tak suami selepas posting terakhir FB, muka terbelah… jari hampir putus, “Mungkin mati kalau tak lari keluar bilik…”

“MUKA terbelah lah, jari patah,” itulah antara perbualan seorang remaja lelaki menerusi grup sembang Whatsapp yang dikongsi di laman sosial.

Dalam perbualan itu, dia mendakwa ibunya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital selepas parah ditetak oleh lelaki yang didakwa sebagai bapa tirinya.

Perkongsian yang dibuat oleh rakan anak mangsa menjadi tular, dengan menggesa netizen membantu mencari suspek.

Pemuda berkenaan, Afiq Afifi Azman berkata, kejadian berlaku pada awal pagi Jumaat lalu di rumah ibunya di Sepang, Selangor.

Perkongsian di laman sosial Twitter yang tular mengenai seorang ibu ditetak bapa tiri. Sumber twitter fadhilblack_

Remaja berusia 19 tahun itu mendakwa bapa tirinya yang berusia 50an dan bekerja di kawasan pasar borong Selangor di Seri Kembangan menetak ibunya di muka dan tangan ibunya, selepas berlaku pergaduhan.

“Saya diberitahu kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.45 pagi Jumaat. Ibu ditetak di bahagian muka dan tangan dengan jarinya hampir putus.

“Semuanya bermula selepas berlaku pergaduhan antara mereka, dan bapa tiri saya kemudian melarikan diri dengan menunggang motosikal,” katanya kepada mStar.

Tangkapan skrin perbualan di grub sembang Whatsapp mengenai insiden.

Afiq yang tidak begitu rapat dengan bapa tirinya berkata, ibunya berkongsi status di Whatsapp dan Facebook berhubung kesedihannya yang dialaminya.

“Cukup sudah aku merasa, menanggung sengsaranya. Ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan ribut di tengah hari.

“Semoga aku terus melangkah dengan semangat yang masih tinggal. Alhamdulillah setitik air mataku tak tumpah ke bumi. Ya Allah susunan Allah terlalu hebat.

“Langkah terakhir di penghujung usia. Tak tau berapa lama esok lusa tulat akan kembali kepada Sang Pencipta.”

Artikel Berkaitan   'Nasib baik aku periksa dulu'

Jelas Afiq luahan perasaan itu adalah posting terakhir ibunya di Faceboook beberapa hari sebelum insiden ditetak bapa tiri yang lebih dikenali sebagai Ali.

Posting terakhir mangsa beberapa hari sebelum kejadian ditetak suami.

Afiq yang merupakan anak bongsu daripada enam beradik itu bagaimanapun masih belum mengetahui punca pergaduhan antara ibu dan bapa tirinya.

Jelasnya, kejadian berlaku di dalam bilik tidur ibu, sambil menambah abang, kakak dan abang saudaranya yang tinggal di kediaman sama hanya menyedari perkara itu selepas mendengar jeritan ibu.

“Ibu masih tenat dan sedang dirawat di Hospital Putrajaya. Ibu susah nak bercakap dan masih trauma disebabkan kejadian yang dialaminya.

“Apa yang saya tahu, ibu terpaksa bergelut untuk mempertahankan dirinya dalam pergaduhan itu. Bapa tiri menetak ibu menggunakan parang beberapa kali,” katanya.

Cukup sudah aku merasa, menanggung sengsaranya. Ku harap panas hingga ke petang rupanya hujan ribut di tengah hari
MANGSA
Dia yang bekerja di sebuah kedai komputer berkata, walaupun sering berhubung tetapi ibunya tidak suka berkongsi masalahnya dengan anak-anaknya.

“Bagaimanapun, ibu ada memberitahu mengenai detik-detik cemas dalam usaha untuk menyelamatkan diri pada hari kejadian.

“Ibu kata mungkin mati kalau tak lari keluar bilik selamatkan diri, sebab akan kena tetak lebih teruk. Saya sedih lihat keadaan ibu. Kepalanya cedera, muka teruk terbelah, jari tangan hampir putus,” tambahnya.

Pengasas Brotherhood, Lando Zawawi turut menggesa orang ramai untuk memberi maklumat mengenai suspek.

Menurut Afiq, laporan polis telah dibuat oleh bapa saudaranya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang pada awal pagi Jumaat.

Jurucakap IPD Sepang ketika dihubungi mStar mengesahkan laporan polis yang dibuat oleh adik mangsa telah dibuat dan kes masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan   10 Harta Dan Khazanah Bernilai Yang Hilang Tetapi Masih Tidak Ditemui

“Saya tidak berdendam dengan bapa tiri, tapi saya berharap dia dikenakan hukuman yang setimpal,” kata Afiq yang turut berharap polis dapat memburu dan menahan bapa tirinya dengan kadar segera.