Pasangan Pengantin Baru Terkedu Agong Dan Permaisuri Turun Kereta Ajak Bergambar, Siap Beri Duit Lagi

Umpama bulan jatuh ke riba. Itulah perumpamaan yang sesuai diberikan kepada pasangan pengantin baru yang berpeluang merakam hari sejarah mereka bersama YDP Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddinAl-Mustafa Bilah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pasangan pengantin, Muhammad Hazri Hussain, 25, dan Nurain Aqilah Rosmanniwanda, 20, terkedu melihat kehadiran baginda berdua yang sedang bercemar duli berangkat melawat rumah lama di Sungai Lembing sebaik selesai lawatan kerja baginda di lokasi kebakaran di Pekan Sungai Lembing

Pasangan itu yang sedang bergaya merakam foto dihampiri pasangan Diraja, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda berdua mencemar duli melawat lokasi rumah lama itu sebaik selesai lawatan kerja ke lokasi kebakaran di Pekan Sungai Lembing, petang semalam.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyapa pasangan pengantin, Muhammad Hazri Hussain, 20, dan Nurain Aqilah Rosmanniwanda, 20, sebelum mempelawa mereka untuk bergambar bersama.

Menurut Muhammad Hazri, dia menyedari ada beberapa kenderaan bergerak perlahan melalui kawasan berkenaan.

” Ketika itu saya dan isteri sedang ambil gambar (photoshot) perkahwinan kami…tak sangka tuanku sudi menghampiri kami..bertanya khabar dan tuanku mempelawa bergambar bersama.

” Baginda menghampiri kami dan bertanya khabar sebelum pelawa untuk kami bergambar bersama.

” Saya dan isteri rasa sangat terharu kerana baginda sudi menyapa kami. Ini kali pertama kami lihat Baginda secara berdepan kerana biasa tengok di televisyen atau media sosial,” katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Hazri berkata, dia dan isteri diijabkabulkan pada 3 Ogos lalu di Nilai manakala majlis menyambut tetamu berlangsung di Kampung Kolek, Sungai Lembing semalam.

Artikel Berkaitan   Kanak2 Malaysia dinobat juara terpantas dunia, main kiub rubik guna kaki

Menurutnya, baginda turut mengurniakan sejumlah wang dan akan digunakan untuk perbelanjaan memulakan kehidupan berumah tangga.

” Saya hanya pekerja biasa di syarikat telco dan isteri bekerja kilang. Rezeki yang diterima akan digunakan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu menurut Facebook Portal Diraja Pahang, Yang di-Pertuan Agong turut berkongsi keseronokan menemui rakyat di sekitar Sungai Lembing.

” Terjumpa pengantin baru tadi kat bangunan lama di Pekan Sungai Lembing. Dapat bergambar dengan kita.

” Dapat singgah warung kuih buah hulu dan dapat minum petang di warung,” titah baginda menerusi hantaran WhatsApps kepada Pengarang Portal Diraja Pahang.