Pasangan Suami Isteri Ini Beri Nama Bayi Mereka ‘Lockdown’ Bagi Mengenang Kerjasama Semua Pihak

Satu pasangan suami isteri telah memberikan nama bayi mereka ‘Lockdown’, bagi mengenang kerjasama yang diberikan semua pihak dalam memerangi wabak COVID-19.

Bayi lelaki itu dilahirkan di sebuah hospital swasta di India pada 6 April lalu.

Pasangan Raghunath Mali bersama isterinya yang berusia 24 tahun, kini menetap di sebuah perkampungan Bachheri di daerah Madhya Oradesh Sheopur.

Mali juga mendedahkan, nama berkenaan akan menjadi ingatan melawan wabak COVID-19, bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada semua orang di serata dunia.

“Seluruh negara kini bersatu untuk menangani krisis berkenaan dan tentunya ia akan menjadi ingatan. Sebab itu jugalah kami menamakan anak kami Lockdown”, kata pasangan itu.

Sebelum ini, ada bayi kembar yang dilahirkan di Raipur, India, diberikan nama Covid dan Corona, bertujuan menunjukkan simbolik kemenangan menghadapi kesukaran ketika wabak ini masih lagi berleluasa.

kredit era

Artikel Berkaitan   Penemuan Laluan Rahsia Bawah Piramid, Ahli Arkeologi Temui Sesuatu Yang Mengejutkan!