Pasangan Ugut Wanita Ini Sebar Video Bogel Kalau Tidak Bayar Mereka RM10,000

KUALA LUMPUR, 15 Ogos — Polis menahan reman dua individu yang dipercayai terlibat dalam pemerasan ke atas seorang wanita membabitkan satu video bogel di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata suspek lelaki berusia 27 tahun dan wanita berusia 30 terbabit ditahan semalam selepas polis menerima laporan daripada mangsa yang berusia 22 tahun pada 9 Ogos lalu.

“Mangsa membuat laporan polis bahawa dia menerima mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada seorang wanita meminta bayaran RM10,000 sebagai balasan untuk tidak menyebarkan video bogel mangsa.

“Mangsa mengakui berbogel dalam satu panggilan video kepada seorang wanita melalui aplikasi mesej TAM TAM sebelum ini,” kata Nik Ezanee dalam kenyataan hari ini.

Katanya kedua-dua suspek direman tiga hari dan kes disiasat menurut Seksyen 385 Kanun Keseksaan kerana pemerasan. — Bernama

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Ditangkap Sedang Bersembunyi Di Sebuah Rumah, 6 Warga China Culik, Rogol Pelancong Wanita Diberkas