Ibu mana lah sanggup tengok bila anak tu di hukum oleh orang lain depan mata, tapi nak kesian biarlah bertempat, bukannya kena belasah teruk pun.
Tak pasal-pasal kena kecam teruk oleh netizen bila dah viralkan sebab anak kena duduk bersila kat luar kelas sebab tak siapkan kerja rumah.
Tak patut tak patut. Patut kau je yang duduk situ siapkan kerja sekolah anak kau. Bengap lain macam je ni.”
Kononnya satu komuniti untuk ibu-ibu ni nak pertikaikan cara guru mendidik anak mereka, jadi mereka pun bahaskan lah isu anak murid yang kena denda siapkan kerja rumah kat luar kelas.
Satu perkara common sense yang mungkin kita sendiri pernah lalui masa zaman persekolahan dulu dan tak sepatutnya dijadikan isu, sebab tu lah ramai netizen kutuk kaw-kaw komuniti ni sebab caranya back up anak tu macam over sangat.
Kau as parents, monitor la homeworks anak kau tu – Netizen
Rata-rata yang mengecam menceritakan pengalaman mereka sebegini sebenarnya adalah salah satu memori bagi mereka, dan tidak ada niat nak berdendam dengan cikgu.
Sebab semua yang kecam ni adalah generasi-generasi muda. Ada yang kena jauh lebih teruk daripada budak-budak kat dalam gambar tu kena.