
Madu adalah sejenis manisan dalam bentuk cecair yang dihasilkan oleh lebah menggunakan nektar bunga atau bahagian lain dalam tumbuhan. Kepelbagaian madu ini terhasil daripada lebah madu dalam keluarga Apis yang sering menjadi rujukan dan juga jenis madu yang dipungut oleh penternak madu serta kegunaan oleh manusia.
Madu yang dihasilkan oleh lebah dan serangga lain mempunyai sifat berlainan. Terdapat pelbagai kaedah dalam memungut madu liar yang menjadi amalan bagi masyarakat orang asli di beberapa bahagian dunia seperti di Asia dan Afrika sejak ratusan tahun dahulu.Di Nepal, amalan memburu madu liar masih diteruskan sampai ke hari ini dengan menggunakan cara yang terdahulu.
pemburu madu bergayut ditebing himalaya yang curam dan tinggi
Pemburu madu bergayut hanya dengan menggunakan tangga tali yang tinggi di tebing Himalaya yang terletak di tengah Nepal semata-mata ingin mendapatkan madu. Pemburu madu yang terdiri daripada kaum lelaki dari suku Gurung ini sangat berani mempertaruhkan nyawa untuk berhadapan dengan sekumpulan lebah yang agresif demi untuk mengumpul sarang emas yang sangat tinggi nilainya. Ini merupakan tradisi puak Gurung yang dilakukan oleh beberapa generasi yang dipercayai telah berlangsung sejak 8,000 sebelum masihi.
pemburu madu sanggup bergadai nyawa demi untuk mendapatkan hasil
Lebah yang menghuni pegunungan Himalaya adalah lebah jenis Apis Dorsata Laboriosa yang merupakan lebah madu terbesar di dunia. Ukuran badan lebah itu adalah kira-kira tiga sentimeter panjang. Kebanyakan sarang lebah ini dibina di tebing curam pada ketinggian antara 2,000 hingga 3,200 meter. Saiz sarang lebah pula sangat besar, di mana setiap sarang boleh mencapai diameter 150cm iaitu saiz sebesar meja kopi yang di dalamnya mengandungi sekitar 60 kg madu.
pemburu sedang mematahkan sarang lebah untuk mendapatkan madu
Sebelum memulakan aktiviti mendapatkan madu, puak Garung terlebih dahulu akan mengikuti tradisi dengan mempersembahkan bunga,buah dan beras kepada nenek moyang mereka sambil berdoa. Setelah selesai upacara tersebut, api akan dinyalakan untuk membakar daun-daun kering bagi tujuan mengusir lebah dari sarangnya. Apabila lebah diusir dari sarang tersebut maka bermulalah saat untuk mendapatkan madu.
Para pemburu akan segera menuruni tebing gunung yang curam itu menggunakan tali yang dihasilkan oleh mereka sendiri. Mereka berjuntai pada ketinggian 50 meter di udara bersamaan dengan bangunan berketinggian 12 tingkat tanpa memakai sebarang alat keselamatan.
mengambil madu asli dengan menggunakan peralatan yang dipanggil tangos
Bergayut dengan tali pada ketinggian itu adalah sesuatu yang membahayakan, namun mereka mulai menuai madu dengan berpaut pada tali lalu menjolok sarang lebah dengan menggunakan tangos (sejenis alat yang terdiri daripada dua batang buluh). Setelah berjaya mematahkan sarang lebah tersebut, pemburu lebah akan menolak secara perlahan-lahan bakul khas bagi tujuan mengumpul hasil tuaian yang tergantung di sebelahnya.
membawa turun madu dengan menggunakan bakul
Proses ini sangat sukar untuk dilakukan kerana pemburu perlu mengimbangi bakul sambil berpaut pada tali. Jika mereka tidak berhati-hati, mereka bukan sahaja berkemungkinan untuk disengat lebah malah, mereka boleh terjatuh ke bawah disebabkan tiada sebarang alat keselamatan. Pemburu ini sangat berani dalam meneruskan amalan mengambil madu yang ekstrem dan unik ini.
Sifat yang terdapat pada madu Himalaya adalah sangat unik dan berbeza pada madu biasa. Ini kerana ia mengandungi bahan psychedelic iaitu sejenis dadah psiko aktif yang mana boleh membuat seseorang itu berhalusinasi jika mengambil di dalam dos yang berlebihan.
Jika diambil pada dos yang kecil, ia terbukti mampu merawat pelbagai jenis penyakit yang terdapat dalam tubuh badan seseorang. Madu Himalaya menjadi permintaan ramai, malah ia dipasarkan ke rantau Asia yang lain termasuk dari Jepun,Korea dan China. Harga madu ini lebih mahal berbanding harga biasa dan harganya mencecah RM150 sekilogram.
PETUA
1. Menguatkan syahwat jimak
Telur ayam kampung di masak separuh ditaruh jintan putih, madu lebah, halia ditumbuk lumat, dipuri (dikacau-kacau) dimakan dijadi menguatkan syahwat jimak. (Ustaz Alias Melaka)
2. Menyembuh Orang Sakit
Bagi menyegarkan orang sakit, diberi minum air yang dicampur madu lebah dan minyak zaitun.
(Majmu’ at’Thalasa Risalah pada risalah kedua).
3. Mengubat rasa keletihan tubuh dan lemah badan.
Sekiranya tubuh badan rasa tidak sihat dan tidak bertenaga terasa lemah-lemah maka hendaklah diminum air didih iaitu air rebusan nasi, seeloknya dicampur dengan madu lebah, atau diminum satu sudu teh minyak zaitun dicampur sedikit air suam pada pagi-pagi hari sebelum pada pukul lapan setengah atau Sembilan atau mandi wap (stim), yang seeloknya dengan air rebusan pokok-pokok dan daun-daun kayu yang dibuat mandi Tangas seperti yang maklum di sini orang-orang tua.
4. Petua bagi menguat tenaga batin bagi yang ada dua orang isteri.
Untuk tubuh sentiasa sihat dan bertenaga hendaklah diamalkan setiap pagi sebelum makan apa-apa dimakan dahulu jintan hitam (al-habbah as-sauda) dicampur madu lebah begitu juga sebelum tidur. Ditanya seorang yang bernikah dua orang isteri adakah mampu ia jimak isterinya bagi sempurna hajat kedua-dua isterinya itu lalu ia berkata baginya tiada apa-apa masalah baginya yakni bukanlah ia rasa penat dan terpaksa kerana ia sentiasa beramal jintan hitam dan madu lebah selalu.
5. Ubat Menerang Mata Menyihatkan Tubuh Badan
– Dimakan ikan bersama-sama madu lebah jadi terang mata.
6. Ubat Mencegah Sakit Mata
Apabila tiba musim orang-orang sakit mata maka hendaklah dititik ke dalam mata madu lebah, nescaya tiada jangkitan
7. Ubat Batu Karang
Minyak Habbatus Sauda (biji jintan hitam) diminum bersama-sama madu lebah selalu boleh menghilangkan batu karang dalam badan. (Setengah Orang)
8. Ubat medu (angin di dalam perut)
Madu lebah satu sudu besar dipuri (dicampur) dengan asam limau nipis satu biji diperah airnya, diminum selalu, jadi ubat bagi penyakit medu iaitu angin di dalam perut seseorang hingga jadi keras di dulang hati dan rasa tidak puas bernafas (setengah bomoh)
9. Ubat menghilang cerah perut atau cirit birit iaitu sentiasa berak.
Apabila cirit birit (cerah perut dan sentiasa berak) tidak berhenti-henti dan putus asa daripada ubat hendaklah dimakan madu dengan banyak tanpa minum air kemudian berkata kepada perut “wahai perut, dusta engkau dan benarlah Allah taala yang mangatakan bahawa madu itu ubat segala penyakit”, tetapi yang paling sesuai itu dikatakan sebelum daripada minum madu kerana mengikut Rasulullah SAW yang berkata kepada lelaki yang adalah sahabatnya itu tidak sembuh-sembuh cerah perutnya walaupun sudah beberapa kali minum madu, katanya “benarlah Allah taala dan telah berdusta perut saudaramu itu”
*Kesemua persediaan di atas adalah persediaan tradisional dan seperti yang kita lihat bahan-bahan yang digunakan adalah daripada sumber semulajadi yang mana selamat untuk digunakan kerana tidak mempunyai kesan sampingan seperti ubat-ubat moden yang lain.
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah