Pelakon Cilik Hangat Bercinta Kemudian Putus Angkara Orang Ketiga. Tak Tahu Nak Kesian Ke Nak Gelak?

sebelum ini, tular kisah percintaan pasangan kanak-kanak Duerra Mitilda, 9, bersama Hezriq Shah, 12, yang menjadi perbualan hangat warganet.

Mereka sebelum ini mengakui bercinta dan mendapat restu daripada kedua-dua ibu dan bapa masing-masing. Malah, mereka juga pernah menayangkan paparan WhatsApp mereka di Instagram.

Walaubagaimana pun, hubungan cinta mereka dikhabarkan sudah berakhir menerusi beberapa paparan skrin yang dikongsikan oleh Hezriq di Instagram miliknya.

Menurut Hezriq, bekas teman wanitanya itu rapat dengan rakan artis iaitu Nik Adam Mika dilokasi pengambaran sehingga menimbulkan rasa cemburu dalam dirinya.

Mitilda juga tidak menafikan berita perpisahan mereka dan beliau juga kelihatan sibuk menjalani penggambaran serta sering merakamkan video Tik Tok bersama Nik Adam Mika.

Sumber : Twitter , Instagram

Artikel Berkaitan   Asteroid Akan Berselisih Dengan Bumi Pada 15 Februari, Ramai Mulai Risau, Ini Jawapan Saintis