Pelik Tapi Benar, Wanita Tak Sedar Dirinya Mengandung, Tahu 4 Jam Sebelum Dirinya Melahirkan Anak

Seorang guru tarian balet sebelum ini menyangka bahawa dia mengalami masalah batu karang kerana sering mengalami kram pada bahagian perutnya.

Menerusi laman Metro UK, Lizzie dari Bloomington hanya tahu dirinya hamil empat jam sebelum dia selamat melahirkan seorang bayi perempuan.

Menurut Lizzie, pada mulanya dia dikejarkan ke wad kecemasan selepas mengalami kram pada perut. Namun selepas pemeriksaan, bukanlah batu karang yang dijumpai, sebaliknya doktor mendapati bukaannya sudah lapan sentimeter dan sedia untuk bersalin. Pada malam itu juga, Lizzie selamat melahirkan bayi perempuan yang diberi nama Winnie June.

Lizzie menyifatkan proses bersalinnya sebagai pengalaman yang menakutkan dalam hidup dan menjelaskan beliau tidak pula alami sebarang tanda kehamilan termasuklah datang bulan seperti biasa.

kredit era