Peluncur Berusia 60 Tahun Maut ‘Diserang’ Jerung Sepanjang 3 Meter

Pada pagi Ahad, seorang lelaki berusia 60 tahun dari Queensland, Australia telah maut selepas diserang jerung sepanjang tiga meter ketika berenang di Salt Beach dekat Kingscliff, New South Wales.

Mangsa berkenaan telah maut setelah diserang oleh jerung sepanjang tiga meter di persisir pantai Australia. Beberapa orang rakannya cuba untuk membantu mangsa dan membawanya ke pantai selepas melawan ikan besar berkenaan, lapor Sky News.

Mangsa telah diberi pertolongan cemas pada kaki kirinya, namun terlambat kerana dia dilaporkan mati kerana luka. Paramedic Terry Savage mengatakan, “kecederaan yang dialami mangsa parah dan usaha dua lelaki yang ingin membantunya sangat luar biasa. Tetapi sayang tidak ada yang dapat kami lakukan”.

Menurut Jabatan Industri Utama NSW, seekor jerung dikesan di luar pantai Kingscliff pada petang jumaat. Dalam pada itu, polis New South Wales masih berusaha mengenali mangsa secara rasmi dari Tungun di Queensland itu dan menghubungi keluarganya.

Serangan ngeri itu telah menyebakan perenang di minta untuk meninggalkan pantai berdekatan dan akan tutup sepanjang hari. Kejadian itu dianggap sebagai kejadian yang ketida di Australia pada tahun ini.